ChargeSini Sedia 18 Stesen Pengecas EV Sepanjang Ogos 2023
-full.webp)
ChargeSini telah menyediakan sebanyak 18 stesen pengecas baharu pada bulan Ogos
Bulan Ogos lalu menyaksikan syarikat pembekal sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini, merancakkan usaha untuk memperluaskan rangkaian pengecasan di Malaysia. Sepanjang bulan tersebut, ChargeSini berjaya membangunkan sebanyak 18 stesen pengecas EV baharu.



Tiga daripada stesen yang disediakan sepanjang bulan Ogos menggunakan kuasa arus terus (DC) untuk pengecasan pantas. Pengecas DC ini ditempatkan di Intercontinental Kuala Lumpur yang memiliki satu unit DC 60 kW, The Curve dengan empat unit pengecas DC 47 kW dan Ikon Connaught Mall dengan sebuah unit DC 47 kW.


Seterusnya, dua stesen pengecas lain menggunakan kuasa arus ulang-alik (AC) dan DC. Stesen pertama terletak di The Summit Batu Pahat, Johor, yang mempunyai satu unit DC 40 kW dan satu unit cas AC 22 kW. Manakala stesen kedua terletak di The Reach @ Titiwangsa, Kuala Lumpur, yang juga dipasang dengan satu unit DC 40 kW dan satu unit AC 22 kW.




Selain daripada pusat membeli-belah dan kawasan awam, beberapa stesen pengecas AC ChargeSini juga telah dipasang di kompleks apartmen dan hotel di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Antara stesen-stesen ini termasuk lapan unit AC 22 kW di Southern Marina Residences, Johor, tujuh unit AC 22 kW di Quayside Condominium, Pulau Pinang, lima unit AC 22 kW di Green Residence, Cheras, serta empat unit AC 22 kW di Holiday Inn, Sepang.
18 stesen baharu ini turut termasuk Abadi Ria Condominium (2x AC 22 kW), Casa Desa Condominium (3x AC 22 kW), Laman Suria (4x AC 22 kW), Marinox Sky Villas (3x AC 22 kW), Lucentia Residences (2x AC 22 kW), Kiara Design Suite (3x AC 22 kW), Damansara Foresta (5x AC 22 kW), Suria Residences (3x AC 22 kW) dan Zenopy Residences (3x AC 22 kW).

Penambahan stesen pengecas pada bulan Ogos telah memperluaskan rangkaian titik pengecas ChargeSini kepada 82 stesen
Dengan pemasangan sebanyak 18 stesen sepanjang bulan Ogos lalu, ChargeSini telah berjaya memperluaskan rangkaian pengecasannya kepada 82 stesen dengan 261 port pengecas sehingga Ogos 2023, menjadikannya sebagai salah satu syarikat Charge Point Operator (CPO) utama di pasaran Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge