E- Mobility Asia Bakal Dedah Pelbagai Teknologi EV

Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA) akan membuat penampilan sulungnya bermula 22 – hingga 24 November 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Program yang dianjurkan oleh Derrisen Sdn Bhd mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.
Antaranya, Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM) sebagai rakan strategiknya, termasuk Persekutuan Persatuan Kenderaan Elektrik Asia (AFEVA), Persatuan Kenderaan Elektrik Filipina (EVAP) da Persatuan Kenderaan Elektrik Singapura (EVAS).
Turut serta ialah Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT), Persatuan Industri Kenderaan Elektrik Indonesia (PERIKLINDO), Persatuan ESG Malaysia (ESGAM), dan Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM).
Difahamkan EMA telah memperoleh pengesahan rasmi daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii).
Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan teknologi EV canggih yang dipamerkan oleh booth agensi kerajaan, persatuan, dan pempamer tempatan termasuk antarabangsa.
EMA dalam satu kenyataan berkata, pempamer akan mempersembahkan pelbagai teknologi EV termasuk inovasi automotif dan infrastruktur pengecasan.

“Malah, pempamer bakal memperkenalkan hasil ciptaan mereka yang paling canggih pada pameran itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa agensi utama turut menyertai persidangan EMA seperti Jabatan Tenaga Filipina (JAS), Rangkaian Persatuan EV Global (GEAN), MITI, MARii, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Turut serta ialah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Pelaburan Filipina (BOI)
Ini bermakna kesemua wakil nanti mempunyai peluang untuk menjalin kerjasama dengan bertukar kepakaran serta meneroka potensi perkongsian dalam sektor kebolehgerakan dinamik.

Sesi itu nanti akan turut menampilkan penceramah dari China, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan beberapa negara lain.
Apapun, acara selama tiga hari akan membentuk semula landskap industri EV.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif ini dalam dunia E-Mobility Asia!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pameran & Persidangan E-Mobility Asia Kini Berlangsung Di KLCC – Teknologi Inovatif EV Dipamerkan
Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA) telah membuka tirainya secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?
22-11-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat