Honda N-Box Hanya Ada Di Jepun, Harga Murah

Penulis cukup teruja dengan rekaan Honda N-Box Slope 2023 kerana ia dilengkapi dengan pelantar bagi memudahkan penumpang yang menggunakan kerusi roda.
Sudah pasti, ia akan mungkin laku keras bagi mereka yang menjaga ibu bapa atau anak yang yang menggunakan kerusi roda.
Namun malangnya, ia bukan dibawa ke Malaysia tetapi di Jepun.


Dikhabarkan Honda N-Box ini secara rasminya sudah dijual di Jepun pada minggu ini selepas ia didedahkan beberapa bulan lalu.
Beberapa keping yang dimuat naik di internet menunjukkan pintu belakangnya didatangkan dengan satu papan dimana memudahkan orang yang menggunakan kerusi roda menaiki kenderaan itu.

Ia ditawarkan dalam dua varian: Honda N-BOX Slope dan N-BOX Custom Slope.
Kedua-dua varian itu menggunakan enjin 660cc dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 58 PS dan 65 Nm.
N-Box juga dilengkapi dengan papan elektrik yang boleh dikendalikan dalam dua keadaan iaitu untuk menarik penumpang di atas kerusi roda dan dibawa masuk ke dalam kereta dengan begitu mudah.


Seperti yang ditunjukkan dalam video pendek yang disiarkan melalui saluran YouTube Honda Japan, papan itu sebenarnya boleh ditarik dan dilipat dengan mudah.
Para pengguna perlu mengikat tali keledar pada kerusi roda dan ia dilengkapi dengan winc elektrik untuk menarik kerusi roda dengan fungsi larasan kelajuan dan pembetulan laluan sebagai ciri asas.
Walaupun ia direka untuk mereka yang kurang upaya, namun N-Box Slope juga sebenarnya boleh digunakan untuk membawa muatan yang berat.

Sementara itu, ruang kabinnya yang berkotak dan tinggi, hadir dengan tempat duduk belakang jenis boleh direbahkan.
Dengan fungsi luar biasa ia dijual dengan harga yang cukup berpatutan dimana N-BOX CUSTOM Slope berharga 2WD (RM (RM65,612) dan 4WD pula (RM69,455).
Sementara itu, N-BOX Slope 2WD pula ditawarkan pada harga (RM58,533) dan 4WD (RM62,374).
Apa pula pandangan anda mengenai kereta kei ini? Kongsikan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

