Hyundai Santa Fe Facelift Bakal Tiba Di Malaysia Sebagai Model CKD

Selepas beberapa tahun sejak ia pertama kali diperkenalkan di peringkat global, Hyundai Santa Fe generasi keempat versi facelift bakal membuat kemunculan tempatan tidak lama lagi, perkara ini disahkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

Sime Darby Hyundai Integrated (SDHI) telah menandatangani sijil pengeluaran besar-besaran kenderaannya dengan Inokom.
Diumumkan oleh jenama tersebut melalui halaman LinkedIn rasmi syarikat, Santa Fe facelift ini akan dipasang di fasiliti pengilangan tempatan (CKD) di kilang Inokom, Kulim, Kedah, setelah Sime Darby Hyundai Integrated (SDHI) menandatangani sijil pengeluaran besar-besaran kenderaannya dengan Inokom.

HSDM sebelum ini pernah mendedahkan bahawa empat model termasuk Santa Fe facelift akan dilancarkan di Malaysia
Pengumuman ini telah mengesahkan laporan kami sebelum ini mengenai empat model yang dilancarkan HSDM untuk pasaran Malaysia tahun ini. Daripada empat model yang didedahkan, hanya Santa Fe yang belum lagi dilancarkan secara rasmi, manakala tiga lagi ialah SUV Palisade dan Creta, serta EV Ioniq 6.


Santa Fe generasi keempat versi facelift
Santa Fe generasi keempat ini pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019 - juga tiba sebagai model CKD yang dikeluarkan di kilang Inokom, Kulim. Model pra-facelift ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.4 liter 4-silinder aspirasi natural dengan kuasa 170 HP dan tork 225 NM, atau enjin diesel turbo 2.2 liter 4-silinder CRDi yang lebih berkuasa, 190 HP dan tork 440 NM.
Varian diesel juga dilengkapi dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang lebih baik, manakala varian petrol dipadankan dengan unit 6 kelajuan, dengan pilihan pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD) ditawarkan kepada kedua-dua model petrol dan diesel.


Sementara itu, Santa Fe versi facelift pula telah diperkenalkan di peringkat global pada tahun 2020, di mana SUV tiga baris ini mendapat beberapa peningkatan reka bentuk kecil. Ini termasuk sudut hadapan yang baru sepenuhnya, dengan reka bentuk gril hadapan baharu yang diapit oleh lampu hadapan dalam susunan double-stacked serta lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk T.

Santa Fe facelift menggunakan platform N3 yang terkini
Di bahagian belakang, Santa Fe yang telah diperbarui mempunyai reka bentuk lampu belakang LED yang tajam dengan pencahayaan berbentuk Y dan bar LED halus.
Platform N3 baharu membuatkan Santa Fe facelift tampil lebih besar daripada model sebelumnya. Dengan saiz yang kini 15 MM lebih panjang (4,785 MM), 10 MM lebih lebar (1,900 MM), dan 5 MM lebih tinggi (1,685 MM) berbanding dahulu. Platform ini juga membolehkan Santa Fe baharu menggunakan trenkuasa hibrid dalam bentuk HEV dan PHEV.

-full.webp)
Hyundai Santa Fe generasi kelima telah diperkenalkan awal tahun ini
Namun, untuk maklumat pembaca, Santa Fe facelift ini bukanlah model Santa Fe paling baru ditawarkan, kerana Hyundai telah melancarkan Santa Fe generasi kelima kepada dunia pada awal tahun ini. Dengan menggunakan platform yang sama, SUV generasi seterusnya ini menampilkan reka bentuk yang lebih menyerlah yang dihadirkan dengan elemen retro-futuristik seperti yang terdapat pada Ioniq 5 dan Ioniq 6.


Memandangkan HSDM bakal melancarkan model facelift generasi keempat di pasaran kita tidak lama lagi, bermakna kita tidak dapat melihat Santa Fe generasi kelima di Malaysia dalam masa yang terdekat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge