Mazda 3 2023 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM156K

Mazda 3 diperbaharui bagi tahun 2023. Kedua-dua versi sedan dan hatchback ditawarkan dalam tiga varian.
Pengedar berlesen jenama Mazda, Bermaz Motor, telah secara rasmi mengumumkan ketersediaan model Mazda 3 terbaru tahun 2023 untuk pasaran tempatan. Model yang ditawarkan dalam versi sedan dan hatchback ini hadir dalam tiga varian berbeza.
Mazda 3 versi sedan ditawarkan dalam varian asas 2.0 High dan varian pertengahan, 2.0 High Plus. Sementara hatchback pula boleh didapati dalam varian pertengahan 2.0 High Plus dan tertinggi, 2.0 Ignite Edition. Semua model ini masih diimport sepenuhnya (CBU).


Semua varian dikuasakan oleh enjin sama, petrol 4 silinder Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan kuasa 162 HP/213 NM.
Kesemua varian ini mengggunakan enjin petrol 4 silinder Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 162 HP dan tork 213 NM. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik Skyactiv-Drive 6 kelajuan.
Dari segi kadar penggunaan bahan api, sedan mencatatkan purata 6.2 liter/100 KM manakala hatchback mencatatkan kadar penggunaan yang lebih tinggi iaitu 6.3 liter/100 KM.
Secara visual, perubahan yang diberikan agak kecil, tetapi tidak dari segi kelengkapan, kerana kali ini lebih banyak ciri premium ditawarkan. Antara perubahan penting termasuk penggunaan port cas USB-C, skrin infotainmen baharu bersaiz 10.25 inci, dan pengecas tanpa wayar untuk varian High Plus ke atas.

Kesemua varian menerima skrin infotainmen 10.25 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Apple CarPlay boleh disambungkan tanpa wayar pada varian 2.0 High Plus.
Sistem infotainmen boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay, yang mana sambungan tanpa wayar untuk Apple CarPlay ditawarkan untuk varian 2.0 High Plus ke atas. Varian 2.0 High dan 2.0 High Plus turut hadir dengan lebih banyak ciri bantuan pemandu aktif (ADAS), misalnya Cruising & Traffic Support (CTS).
Ciri-ciri yang didatangkan standard kepada semua varian adalah termasuk tempat duduk pemandu boleh laras 10 hala dengan fungsi memori, kawalan pendingin hawa automatik dwizon dengan corong penyaman udara untuk bahagian belakang, tempat duduk dalam balutan kulit berwarna hitam, paparan-di-kepala (HUD), serta lampu hadapan dan belakang LED penuh dari varian High Plus ke atas.

Eksklusif hanya untuk 2.0 Ignite Edition adalah ciri seperti sistem audio Bose 12 speaker dan upholsteri kulit Burgundy.
Varian tertinggi 2.0 Ignite Edition versi hatch tampil berbeza dengan penambahan sistem audio Bose 12-speaker, tempat duduk kulit Burgundy yang eksklusif, pemantau parkir 360 darjah, serta teknologi keselamatan Front Cross Traffic Alert (FCTA) dan Driver Attention Alert (DAA) dengan fungsi pemantauan pemandu dalam pakej ADAS.


Mazda 3 dijual dalam lingkungan harga RM156,059 - RM175,059, bergantung kepada varian.
Ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, Mazda 3 2023 dijual pada harga bermula dari RM156,059 untuk varian 2.0 High Sedan, RM166,059 untuk kedua-dua varian 2.0 High Plus sedan dan 2.0 High Plus Hatchback, dan RM175,059 untuk varian tertinggi, hatchback 2.0 Ignite Edition.
Semua harga termasuk jaminan Bermaz 5 tahun atau 100,000 KM dan pakej penyelenggaraan percuma. Tempahan boleh dilakukan melalui pengedar-pengedar Mazda yang sah di seluruh negara.
Selain itu, model 2023MY yang dikemas kini ini juga akan dipamerkan dari 10 pagi hingga 10 malam di Bermaz Auto Showcase yang berlangsung di Oval Concourse 1 Utama Shopping Centre dari 11 hingga 15 Oktober.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900
Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
05-11-2025
Mazda 3 Dikemaskini, Harga Naik RM5K – Teknologi, Kelengkapan & Ciri Keselamatan Baharu
Sedan dan hatchback Mazda 3 dikemaskini dengan beberapa ciri baharu. Jom baca kupasannya...
20-09-2023
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K
Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.
31-03-2023
Mazda 3 Dikemaskini, Harga Naik RM5K – Teknologi, Kelengkapan & Ciri Keselamatan Baharu
Sedan dan hatchback Mazda 3 dikemaskini dengan beberapa ciri baharu. Jom baca kupasannya...
20-09-2023
Mazda 3 Dikemaskini, Harga Naik RM5K – Teknologi, Kelengkapan & Ciri Keselamatan Baharu
Sedan dan hatchback Mazda 3 dikemaskini dengan beberapa ciri baharu. Jom baca kupasannya...
20-09-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge