Nama Pun Hyper, Maka Fungsi Kereta Ini Pun Cukup Hyper
Nissan mendedahkan kereta konsep EV terbaharunya, Nissan Hyper Urban yang dilihat cukup futuristik buat masa ini.
Selain reka bentuknya yang lebih radikal, Hyper Urban juga menampilkan teknologi EV terkini Nissan yang akan digunakan dalam model Nissan EV dalam masa akan datang.
Dikhabarkan ia bakal membuat penampilan sulungnya pada 2023 Japan Mobility Show (JMS) yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Menjengah bahagian luaran sahaja, ia menampilkan elemen yang cukup sporty dan agresif.
Melihat kepada pintu depan dan belakangnya yang jenis scissor doors sahaja, ia sudah membuktikan betapa canggihnya jentera ini iaitu seiring dengan namanya.

Kehadiran scissor doors menunjukkan Hyper Urban ini boleh dibuka dengan seluas-luasnya dan tidak wujud istilah untuk susah keluar dan masuk.
Jika terkena pancaran cahaya matahari, Hyper Urban Concept ini sebenarnya mendapat warna badan kuning limau dan bukannya hijau muda.
Melangkah ke bahagian dalam, kabinnya diinspirasikan oleh segi tiga kaleidoskopik.
Tempat duduk hadapannya yang boleh dilipat ke bawah sebenarnya boleh mengubahnya menjadi seolah-olah sofa.

Dari segi trenkuasanya, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai pek bateri dan persediaan motornya.
Apa yang cukup membanggakan ialah Hyper Urban hadir dengan keupayaan pengecasan kenderaan ke rumah (V2H).

Malah, ia juga boleh digunakan sebagai pembekal kuasa elektrik vehicle-to-grid (V2G).
Jentera ini yang dikawal oleh kecerdasan buatan (AI) membolehkan kedua-dua teknologi pengecasan itu menjana kuasa di rumah.
Sementara itu dengan V2G, ia membolehkan pemandu mengambil kesempatan daripada kapasiti bateri kenderaan yang besar untuk menjual kuasa kembali ke grid semasa beban puncak dan mendapat bayaran.
Selain itu, V2G juga membolehkan pengguna menghidupkan rumah mereka daripada bateri kenderaan elektrik semasa bekalan elektrik terputus.
Susulan penampilan Nissan Hyper Urban juga dikatakan seiring dengan rancangan Nissan untuk hanya melancarkan model EV di Eropah mulai sekarang.

Untuk merealisasikan rancangan ini, Nissan menyasarkan sekurang-kurangnya 19 model EV baharu di pasaran Eropah menjelang tahun ini yang mungkin termasuk versi pengeluaran kedua-dua konsep Hyper Urban dan Nissan Concept 20-23.
Apapun, butiran lanjut mengenai jentera ini hanya akan didedahkan sempena penampilan sulungnya pada 26 Oktober nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda Bikin Panas JMS, Bawa Masuk Semua EV Pelik!
Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan pelbagai model EV konsep baharu bermula daripada kenderaan dua roda sehinggalah kereta sport.
27-09-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

