Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi

Pos Malaysia Bhd akan menggunakan sepenuhnya kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030 demi mengurangkan jejak karbon dan mengurangkan kos operasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pihaknya akan menggunakan EV secara berperingkat.
“Menjelang tahun ini, Pos Malaysia akan memiliki sekurang-kurangnya 200 motosikal elektrik dan 146 van elektrik. Dengan menggunakan EV, ia sebenarnya dapat menjimatkan 40 hingga 50 peratus lebih murah berbanding kenderaan petrol atau diesel.
“Pos Malaysia cukup berbangga kerana telah membuat perubahan dalam menyegerakan masa depan sifar bersih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan 143 kenderaan EV empat roda komersial daripada Yinson GreenTech (YGT) di ibu pejabat Pos Malaysia, sebentar tadi.
Buat masa ini, Pos Malaysia mempunyai 6,000 kenderaan dua roda dan 3,000 kenderaan empat roda.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan YGT, Srinivas Tati, berkata menerusi pemajakan kenderaan elektrik itu, YGT akan membekalkan e-van CAM EC35 yang disepadukan dengan perisian telematik EV pintar.

Beliau berkata, YGT juga akan melengkapkan depoh Pos Malaysia di seluruh negara dengan penyelesaian pengecasan serta menyelia perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan untuk armada dan pengecas EV yang dipajak.
“Penyelesaian pemajakan EV adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan di Malaysia,” jelasnya.
Difahamkan, YGT telah menyalurkan sebanyak 143 van elektrik kepada Pos Malaysia. Malah, YGT juga membekalkan van CAM EC35 yang menggunakan perisian telematik EV pintar Pos Malaysia.
Perisian telematic EV itu menggunakan teknologi berasaskan awan untuk menyediakan data dan analitik dengan masa yang sebenar.
Ia bertujuan untuk memudahkan pengurusan kenderaan dengan ciri-ciri termasuk pemantauan jarak jauh, mengoptimumkan tahap pengecasan dan kecekapan pemanduan untuk setiap e-van.
Untuk itu, YGT telah memberikan satu unit van MAXUS eDeliver 3 dan satu van FOTON iBLUE EV untuk tujuan bukti konsep.
Van elektrik ini akan dinilai Pos Malaysia sepanjang percubaannya selama tiga bulan sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menggunakan EV secara sepenuhnya menjelang tahun 2023.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak
Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.
27-01-2026
Pos Malaysia Lakar Sejarah, Lancar Kenderaan Tanpa Pemandu
uat julung kalinya, Pos Malaysia Bhd melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia.
22-01-2026
Pos Malaysia Tambah 136 Unit Van Elektrik, Sasar 100% EV Pada Tahun 2030
Pos Malaysia menyerlahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar dengan memperbanyakkan lagi van berkuasa elektrik untuk khidmat penghantaran.
04-09-2025
Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech
Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV.
23-06-2023
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor
Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.
26-11-2025
KINETA & ChargEV Meterai MoU Perluas Rangkaian Pengecasan Yang Komprehensif
Kineta dan ChargEV telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan misi Kineta dalam menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan memperluas rangkaian pengecasannya.
27-05-2024
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
23-02-2024
Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan
Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi. Baca untuk ketahui manfaat lain...
25-01-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat