Pratonton: Chery Omoda 5 EV – Cecah 450 KM, Di Malaysia Suku Pertama 2024

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke dalam tahun baru. Menjelang suku pertama tahun 2024, Caricarz.com telah diberikan peluang untuk melihat antara model yang akan dilancarkan semasa Chery International User Summit (CIUS) 2023 yang berlangsung di Wuhu, China. Antara model tersebut ialah kenderaan elektrik (EV), Omoda 5 EV yang dibangunkan di atas platform T1X, sama seperti kembarnya yang menggunakan enjin pembakaran (ICE).
CIRI MEKANIKAL OMODA 5 EV

Berikut adalah beberapa ciri penting dari segi mekanikal Omoda 5 EV:
-Menggunakan motor elektrik tunggal
-Pacuan roda hadapan (FWD)
-Output kuasa berbeza mengikut talaan yang dibuat untuk setiap pasaran, bagi kebanyakan pasaran menerima output 221 HP/340 NM atau 201 HP/340 NM
-Bateri berkapasiti 61 kWh
-Jarak EV maksimum 450 KM
-Pengecasan 0-80% hanya dalam masa 35 minit
CIRI LUARAN OMODA 5 EV






Berikut adalah ciri penting yang dapat dilihat daripada bahagian luar Omoda 5 EV:
-Secara visualnya, ia menyerupai kembar ICE, dengan aura yang lebih elegan dan moden
-Salah satu perbezaan ketara antara kedua model ini ialah ketiadaan gril depan untuk versi EV bagi meningkatkan prestasi aerodinamik.
-Rekaan lampu hadapan dan DRL LED sama seperti versi ICE
-Versi EV menggunakan rim khas bersaiz 18 inci dengan jejari yang direka lebih ‘tertutup’ untuk prestasi aerodinamik, sekaligus meningkatkan jarak EV.
-Cermin belakang yang menyendeng dengan spoiler di hujung bumbung
-Berbeza dengan versi ICE, model ini tiada paip ekzos
CIRI KABIN OMODA 5 EV


Berikut adalah ciri penting yang dapat dilihat daripada ruang kabin Omoda 5 EV:
-Dua skrin masing-masing berukuran 10.25 inci diletakkan di atas papan pemuka (dashboard)
-Tiada tombol penukar gear pada konsol tengah, kerana penukar gear versi EV ini diletakkan pada stereng (bahagian bawah di sebelah kanan).
-Ciri lain adalah sama seperti Omoda 5 ICE – Tempat duduk dalam balutan kulit faux, tempat duduk hadapan dengan ciri pengudaraan dan pelarasan automatik, beberapa port pengecas USB, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio premium Sony, corong udara untuk tempat duduk belakang dan sebagainya.
CHERY OMODA 5 EV DI MALAYSIA


Chery Malaysia merancang untuk memperkenalkan Chery Omoda 5 EV di pasaran kita seawal suku pertama tahun 2024, di mana ia akan menjadi model elektrik penuh pertama yang diperkenalkan oleh jenama China ini. Model ini pada awalnya akan dibawa masuk sebagai model yang diimport sepenuhnya (CBU) yang dikeluarkan oleh kilang Chery di Wuhu, pemasangan di dalam negara (CKD) dimulakan di kilang Inokom Kulim.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Berita Terkini
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW
Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.
17-07-2026
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat