Reka Bentuk Toyota Crown Macam Ferrari?

Toyota Crown Sport membuat penampilan sulungnya di Jepun baru-baru ini. SUV hibrid sporty itu merupakan sebahagian daripada barisan Crown yang telah diubah suai.
Ia menampilkan reka bentuk sporty seperti mana yang pernah dilihat pada konsep kembarnya pada tahun lepas.
Dikhabarkan, Crown Sport ini akan hadir dalam versi (HEV) manakala versi PHEV pula akan memasuki pasaran selewat-lewatnya pada Disember tahun ini.

Berbanding dengan Crown Sport Amerika Syarikat, model JDM ini dilihat lebih pendek dan lebih lebar sedikit membuatkan ia tampak sporty.
Namun jangan keliru dengan Ferrari Purosangue walaupun mereka berdua ini kelihatan sama memandangkan Crown Sports mendapat fascia hadapan yang hampir sama dengan crossover Itali itu.

Namun jika tak mampu nak beli Ferrari Purosangue, mungkin anda boleh beralih ke arah Toyota Crown Sport.
Ia turut menampilkan lampu hadapan LED berbentuk C.
Dari sisi pula, Crown Sport kelihatan cukup sporty memandangkan bampar hadapannya yang memanjang dan garis bumbung yang ramping, termasuk gerbang roda belakang yang melebar.
Ia juga dipadankan dengan rim aloi sebesar 21 inci membuatkan ia berdiri dengan cukup sasa.
Menjengah bahagian belakangnya pula, ia dipadankan dengan lampu belakang LED jenis mendatar selain terdapat saluran udara bebentuk menegak.


Menjengah bahagian kabinnya, jentera ini cukups sarat dengan teknologi canggih.
Antaranya seperti infotainmen berukuran 12.3 inci manakala upholsteri kabinnya pula ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Sand Brown dan hitam.
Dikhabarkan, tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) adalah sangat baik .

Akhir sekali ialah mengenai trenkuasanya, jentera ini disumbat dengan enjin 4 selinder 2.5 liter hibrid namun pihak syarikat tidak mendedahkan jumlah output yang boleh dihasilkan.
Ia akan dihasilkan di kilang Toyota Tsutsumi, Jepun dan varian Hybrid Sport Z akan dijual pada harga 5.9 juta yen.

Bagaimanapun, tempahan untuk SUV sporty ini telah dibuka manakala pihak syarikat menyasarkan jualan sebanyak 700 unit untuk sebulan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dengan Kit Badan, Toyota Crown Sport Tiada Beza Dengan Ferrari Purosangue?
Toyota Crown Sport hampir menyamai Ferrari Purosangue dengan kehadiran kit badan talaan Aero Over dari Jepun.
15-01-2025
Toyota Crown Sport: Harga Bikin Lemah Semangat
Toyota Crown Sport, rasanya masuk tak Malaysia?
20-12-2023
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

