ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

3 Stesen Pengecasan: smart Glenmarie, Pulau Pinang, Alor Setar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

smart Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya telah memperluaskan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik apabila melancarkan tiga lagi stesen pengecasan pantas di pusat pengedaran smart Malaysia di seluruh negara.

Tiga pengecasan baharu itu terletak di smart Glenmarie, smart Pulau Pinang dan smart Alor Setar.

Penyediaan stesen pengecasan DC berkuasa tinggi di pusat-pusat smart Malaysia di seluruh negara memaparkan kesungguhan smart Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik yang cepat dan cekap serta akan dibuka kepada orang awam.

Inisiatif itu juga menyumbang dalam melengkapkan rangkaian awam stesen pengecasan berkuasa tinggi di seluruh negara sebagai tambahan kepada stesen pengecasan yang sedia ada melalui rakan-rakan kolaborasi seperti  chargeEV, Gentari, dan JomCharge.

Oleh itu, ia  mampu memperluaskan akses kepada orang awam.

image.png

smart Malaysia dalam satu kenyataan berkata, smart Glenmarie (EON Berhad) dan smart Ipoh (GB Auto) kini dilengkapi dengan stesen pengecasan arus terus (DC) 60kW.

Sebaliknya,  smart Penang (Eleganz Lifestyle) mempunyai stesen pengecasan DC dengan keupayaan pengecasan DC 120kW manakala, smart Alor Setar (Lee Motors) pula akan memperkenalkan stesen pengecasan DC 50kW, sekali gus merevolusikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik smart Malaysia di kawasan tersebut,” katanya.

Tambah kenyataan itu,  smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Johor Bahru (Motor Future), dan smart Melaka (Sigma Energy EV) juga bakal menyediakan stesen pengecasan DC baharu dengan kapasiti 60kW hingga 120kW menjelang akhir tahun ini.

image.png

“Bagi yang ingin mengetahui maklumat lokasi stesen pengecasan termasuk status keberadaan ruang pengecasan, anda boleh memuat turun aplikasi Hello smart,” katanya.

Dalam pada itu, smart Malaysia turut mempelawa orang ramai untuk menyertai pameran smart #1 BRABUS dan Premium di seluruh negara. 

Berikut adalah butirannya:

Screenshot-2023-11-06-132533.png

Sebagai salah seorang daripada 501 pelanggan pertama pra-tempahan smart #1, anda bakal menikmati faedah “Early-Bird” smart #1 termasuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui Aplikasi Hello smart. 

Untuk maklumat lanjut, KLIK.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU5283

SELANGOR

BSU4910

JOHOR

JG215J

PULAU PINANG

PSG5531

PERAK

APM3612

PAHANG

CFJ1632

KEDAH

KGJ5144

NEGERI SEMBILAN

NEM3294

KOTA KINABALU

SJU6126

KUCHING

QAB7794P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-08-2022
Kereta Baru

07-08-2023
EV

20-07-2023
EV

01-02-2023
Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

17-08-2022

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.