Bateri Maxus Dajia 7 Jenis Boleh Tukar

Maxus MIFA 9 yang dikatakan MPV mewah sudah pun dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan, baru-baru ini.
Ia yang berharga RM269,888 dikatakan cukup sesuai buat mereka yang sedang mencari MPV mewah.

Namun ada satu lagi MPV yang menyerupai MIFA 9 yang dikenali sebagai SAIC Maxus Dajia 7.
Sebaliknya ia bukannya untuk pasaran kita tetapi untuk China.
MPV ini dikatakan sedikit kecil berbanding Maxus MIFA 9 kerana ia sepanjang 4,907 mm, selebar 1,885 dan setinggi 1,756 manakala jarak roda pula 2,975 mm.
Malah, Dajia 7 ini juga lebih kecil berbanding MPV Toyota Vellfire generasi keempat yang sepanjang 5,005 mm dan setinggi 1,950 mm.


Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan siluet yang berkotak dan dipadankan dengan lampu depan LED penuh dengan bar DRL lebar penuh yang agak nipis.
Malah, muka depannya tidak mempunyai sebarang gril memandangkan ia adalah MPV elektrik.
Selain itu, pemegang pintunya juga jenis bersembunyi serta lampu belakangnya juga jenis LED.


Tidak seperti MIFA 9 yang hadir dengan enam pilihan cat di bahagian luaran kerana Dajia 7 cuma ditawarkan dengan satu warna cat di bahagian luaran.
Satu lagi persamaan antara Dajia 7 dan MIFA 9 adalah dalam konfigurasi tempat duduknya, dengan kedua-dua model ditawarkan dalam susun atur enam tempat duduk dan tujuh tempat duduk.
Walaupun model tujuh tempat duduk mendapat susun atur tempat duduk 2-2-3 namun Dajia 7 didatangkan dengan susun atur 2-1-3 yang unik, di mana tempat duduk penumpang hadapan bukan sahaja boleh direbahkan ke barisan kedua, malah boleh diputar secara elektronik 180 darjah untuk berhadapan dengan penumpang baris kedua dan ketiga.
Dipasarkan sebagai MPV EV mewah, maka Dajia 7 dilengkapi dengan kabin yang cukup moden dan mewah.
Ia dilengkapi dengan skrin 12.3 inci di bahagian pemuka hadapan, sistem infotainmen berkuasa Qualcomm Snapdragon 8155, bumbung kaca panoramik penuh dan pintu gelangsar berkuasa.

Beralih kepada spesifikasi baterinya, Maxus Dajia 7 hadir dengan dua versi untuk pasaran China – versi EV berkuasa bateri biasa, serta BEV dengan bateri boleh tukar yang diperoleh daripada CATL.
Dua saiz bateri ditawarkan kepada EV MPV , sama ada unit NMC 77-kWj yang lebih kecil yang bagus untuk julat EV maksimum 527 KM, atau unit 90-kWj yang lebih besar yang menawarkan julat sehingga 605 KM – kedua-dua anggaran adalah pada protokol CLTC domestik China.
Tidak kira jenis dan kapasiti bateri, Dajia 7 dikuasakan secara eksklusif oleh satu persediaan motor elektrik dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 244 PS (179 kW), yang membuatkan ia boleh mecapai kelajuan maksimum sekitar iaitu 180 km/j.
Sebelum ini, Maxus Dajia 7 telah membuat penampilan sulungnya sempena Pameran Auto Chengdu 2023 pada awal tahun ini.
Maxus Dajia 7 telah mula dijual di China sejak beberapa bulan lalu, dimana Car News China ada melaporkan MPV itu berharga dari CNY 259,800 hingga CNY 299,800 (RM168, 328 -RM194,24 ) bergantung kepada varian.
Apa pula pandangan anda mengenai SAIC Maxus Dajia 7, kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
