EPMB Bekalkan 150K Set Tempat Duduk Kepada Proton

EP Manufacturing Berhad secara rasminya membuka kilang pengeluaran tempat duduk kereta di Tanjung Malim, Perak, semalam.
Kilang tersebut yang akan membekalkan tempat duduk kenderaan untuk syarikat Proton dibangunkan dengan pelaburan lebih daripada RM30 juta.
Malah, kilang pengeluaran tempat duduk kereta EPMB mempunyai kapasiti awal untuk mengeluarkan 150,000 set tempat duduk kereta Proton pada setiap tahun.

Ini bermakna, EPMB akan memenuhi keperluan PROTON untuk pengeluaran kenderaan yang akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pembukaan kilang itu adalah langkah kritikal dalam kerjasama EPMB dengan PROTON, yang sudah terjalin hampir empat dekad.
“Ini adalah kali pertama EPMB melibatkan diri dalam pengeluaran dan pemasangan tempat duduk, dan kami berasa berbesar hati kerana PROTON memberi kami peluang ini.
“Kami komited sepenuhnya kepada kejayaan PROTON dalam mencapai sasaran mereka, serta pelan hala tuju PROTON di pasaran NEV,” katanya.

Majlis pelancaran itu disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.
Untuk makluman anda, kilang terbabit merupakan kilang pertama EPMB untuk tujuan pengeluaran tempat duduk kereta.
Ia merupakan kes yang menarik kerjasama dan pemindahan teknologi dalam ekosistem PROTON.
Projek membangunkan kilang ini melibatkan perkongsian teknikal antara EPMB dan pengeluar alat ganti kenderaan China Zhejiang Jujin Automobile Motor-cycle Accessories Co., Ltd., yang kini membekalkan tempat duduk kereta kepada Geely.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka
XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.
14-12-2025
Motosikal Elektrik CKD: SoloEra Solo 1C Dipasang Di Glenmarie, Shah Alam.
SoloEra Solo 1C kini dipasang di Glenmarie, Shah Alam.
20-08-2025
EPMB Terus Catat Keuntungan, Sasar Pasaran Eksport Dengan Model Baharu
EP Manufacturing Berhad (EPMB) menutup tahun kewangan dengan pencapaian yang membanggakan.
03-03-2025
EPMB Jalin Kerjasama Dengan Sanly, Julin China Untuk Tingkatkan Pengeluaran Saga MC3
EPMB turut menjalin kerjasama dengan Jujin China untuk menghasilkan kerusi kereta Proton secara tempatan.
26-02-2025
EPMB Rai Pengeluaran Ke-1,000, Bakal Pasang Beberapa Model GWM, BAIC Tahun Depan
EPMB merancang untuk memasang beberapa model GWM termasuklah Jolion HEV .
17-12-2024
EPMB Pasang Kereta BAIC Di Melaka
Peps-JV (Melaka) Sdn Bhd akan melaksanakan pemasangan dan pengeluaran kenderaan BAIC selama 10 tahun.
16-04-2024
Model GWM Bakal Dipasang CKD, Kerjasama Dengan EPMB
GWM Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd.
19-10-2023
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat