ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kempen ‘Semua Boleh Setel' Dengan Aplikasi Setel – Pulangan Tunai Hingga RM800!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Semua-Boleh-Setel1.png


Aplikasi pembayaran petrol utama di Malaysia, Setel, kini memperkenalkan kempen 'Semua Boleh Setel', menjadikan aplikasi ini lebih daripada sekadar aplikasi pembayaran petrol biasa. Melalui kempen ini, Setel menjadi platform pilihan untuk pelbagai manfaat tambahan yang menguntungkan.


Semua-Boleh-Setel2.png


Mulai 13 November 2023 hingga 12 Januari 2024, pengguna Setel dapat menikmati pulangan tunai sehingga 10% (terhad pada RM5/bulan) untuk pembelian di rangkaian perniagaan terpilih iaitu:


  • KK SUPER MART
  • Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
  • Village Grocer
  • PLUS R&R
  • Ben's Independent Grocer
  • Pasaraya OTK
  • Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)
  • Loob Holding (Tealive)
  • Chatime
  • Pasta Panas
  • Café Mesra
  • Bake With Yen
  • BSC Fine Foods
  • Leisure Grocer
  • redBus


Semua-Boleh-Setel3.png


Selain itu, pulangan tunai bagi pembelian di kedai dan dalam talian dan pelbagai keperluan kenderaan seperti berikut:


  • Pulangan tunai 10% hingga RM300 untuk setiap pembelian takaful atau polisi insurans kenderaan. Tiada nilai minimum bagi polisi insurans untuk kelayakan.
  • Pulangan tunai 50% (terhad RM2 setiap transaksi) untuk bayaran tempat parkir. Pengguna boleh menikmati tawaran ini hingga tiga kali sepanjang kempen. 
  • Pulangan tunai RM20 untuk penukaran bateri kereta menggunakan Setel.


Sementara itu, berikut adalah ganjaran yang ditawarkan dari  1 November hingga 31 Disember 2023:


  • Pulangan tunai 3% pada RM5 setiap bulan dengan Setel untuk bayaran parkir, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan kenderaan, dan pembelian di kedai serta dalam talian.
  • Pulangan Tunai Setel hingga RM800: RM350 untuk penjualan kereta melalui myTukar dan RM450 untuk pembelian kereta melalui myTukar.
  • Nikmati hingga 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap liter petrol yang dibeli. Naik taraf keahlian untuk dapatkan ganjaran 1.5x, 2x, dan sehingga 3x mata!
  • Dapatkan 3x mata ganjaran Mesra setiap RM1 di Kedai Mesra dan Deliver2Me. Had maksimum 500 mata sebulan dengan jumlah transaksi minimum RM1.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen Setel untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian pengguna dengan menyediakan manfaat tambahan melalui aplikasi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3763

SELANGOR

BSV4191

JOHOR

JJ3491J

PULAU PINANG

PSH7019

PERAK

APN3541

PAHANG

CFJ5132

KEDAH

KGK461

NEGERI SEMBILAN

NEM7330

KOTA KINABALU

SJV4012

KUCHING

QAB1448Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
EV

Setel Tambah Lokasi Pengecas EV Baharu, Kini Lapan Lokasi

Setel mendedahkan tiga lagi lokasi baharu.

10-07-2022
Berita Auto

Setel Kini Tawar Perkhidmatan Baharu Untuk Pemilik EV

Pengguna EV kini boleh menggunakan Setel untuk mengecas kenderaan mereka.

26-05-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Hasrat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta

Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .

27-11-2026
Berita Auto

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
Berita Auto

Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?

Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.

26-11-2026
Berita Auto

PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke

Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.

25-11-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok.

25-11-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih

Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti

25-11-2026
Berita Auto

Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup

Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.

25-11-2026
Berita Auto

JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing

Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.

24-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.