Millenium Welt Tawar Pelbagai Fasiliti
![[Image]-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg](https://static-content-live.caricarz.com/media_library/post/9916/10092424/%5BImage%5D-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country-full.jpg)
Millennium Welt, pusat pengedaran BMW bertauliah secara rasminya membuka bilik pameran yang cukup canggih dimana ia menampilkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti serba baharu.
Fasiliti baharu ini yang terletak di kawasan perbandaran Seremban 2 merupakan bilik pameran terbesar di luar Lembah Klang.
Ia mempamerkan pelbagai model terkini seperti BMW, BMW Motorrad, MINI, BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, sepanjang 20 tahun menjalankan perniagaan di Malaysia, BMW Group sentiasa mendahulukan pelanggannya dalam setiap produk dan servis yang ditawarkan.
“Bilik pameran yang berkonsepkan inovatif ini mencerminkan satu titik sejarah yang penting dalam perjalanan kami, bagi memastikan pelanggan yang kami hargai terus menjadi tumpuan dalam setiap aspek pemilikan jentera BMW dan MINI mereka,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Bilik pameran seluas 173,948 kaki persegi ini mempamerkan konsep rekaan lestari dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula serta menerapkan unsur kecanggihan.


Fasiliti ini turut menyediakan ruang khas bagi kenderaan BMW M dan BMW i, termasuk ruang singgah eksklusif yang baharu untuk urusan jualan dan pascajualan buat para pelanggan.
Pelbagai fasiliti bertema gaya hidup juga akan disediakan termasuk BMW Bar & Lounge, ruang singgah Grand Klasse dan ruang santai.
Para pelanggan juga boleh memperbaharui insurans serta melakukan urusan tukar beli kenderaan.
Bukan itu sahaja, para pelanggan boleh mengakses pusat servis 4S serba komprehensif atau membuat kunjungan ‘pit stop’ Fastlane di fasiliti tersebut.

Para pelanggan juga boleh menggunakan fasiliti pengecasan pantas AC dan DC untuk kenderaan elektrik (EV) di bilik pameran tersebut.
Selain itu, ia juga menampilkan lapan ruang servis, sekali gus dapat menampung sehingga 50 janji temu servis setiap hari.
Di sebalik pembukaan bilik pameran itu, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan pelbagai promosi eksklusif buat para pelanggan dari 25 hingga 26 November.

Antaranya:
• BMW Advance Car Eye 3.0 percuma - Pelanggan yang membeli kenderaan BMW baharu dapat merakam secara automatic menerusi kamera papan pemuka BMW Advanced Car Eye 3.0 PRO.
• Panel Solar Solaroo percuma dengan penempahan BMW i7 - Pelanggan yang membuat tempahan bagi jentera BMW i7 yang sulung akan menerima Panel Solar Solaroo yang bernilai RM20,000 secara percuma bagi memudahkan lagi gaya hidup lestari mereka dengan kebolehan untuk mengecas EV di rumah.
• Rebat tunai bagi ansuran kenderaan MINI - Nikmati potongan bayaran selama enam bulan bagi ansuran anda apabila anda membeli mana-mana kenderaan di bawah jenama MINI semasa tempoh promosi ini (tertakluk kepada terma dan syarat).
• Tawaran Insurans BMW Premium Selection - Pelanggan yang membeli kenderaan BMW pramilik di bawah BMW Premium Selection layak untuk menerima insurans automotif percuma bernilai RM 5,000.
• ‘Running in Service’ percuma untuk BMW Motorrad - Peminat motosikal yang memilih BMW Motorrad dapat menikmati ‘Running in Service’ secara percuma pada 1,000km, menjamin prestasi yang optimum seawal langkah pertama.
• Diskaun untuk BMW Lifestyle Merchandise - Aneka barangan terpilih di bawah BMW Lifestyle Merchandise akan membawakan diskaun hebat sehingga 50% bagi mereka yang ingin memperibadikan lagi pengalaman pemilikan BMW masing-masing.
Sepanjan tempoh promosi yang menarik ini, semua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) akan didatangkan dengan khidmat pemasangan alat pengecasan rumah secara percuma, ditawarkan oleh ChargePoint.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan baharu, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan produk-produk Lumar Car Care bernilai RM2,000 secara percuma bagi setiap pembelian kereta BMW dan MINI yang baharu.
Bilik pameran Millennium Welt Seremban 2 beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6:30 petang pada hari Ahad dan cuti umum – sementara pusat 4S beroperasi Isnin hingga Sabtu dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Fasiliti ini beralamat di No.1, Jalan S2 A6, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF9541
SELANGOR
BSR5747
JOHOR
JA2203J
PULAU PINANG
PSD7450
PERAK
APJ8023
PAHANG
CFH1520
KEDAH
KGH637
NEGERI SEMBILAN
NEK9073
KOTA KINABALU
SJT671
KUCHING
QAB1917P
Terakhir Kemas Kini 15 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling
Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.
14-07-2026
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat