ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seperti yang dilaporkan pada minggu lepas, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka  tempahan untuk dua model SUV crossover terbaharunya iaitu Tucson dan Hyundai Santa Fe facelift.

Menyentuh mengenai Santa Fe versi pemasangan tempatan itu, ia hadir dengan dua pilihan trenkuasa hibrid iaitu  Hybrid Plus, dan Hybrid Max.

Selain hibrid, buat julung kalinya terdapat juga pilihan trenkuasa diesel.

Menyentuh mengenai Hybrid Max yang menyediakan tujuh tempat duduk, kami berpeluang menyaksikan jentera itu dengan lebih dekat sempena Pameran Premium Auto Car Expo (PACE) yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam, Shah Alam.

Biarpunn ketibaan Santa Fe sangat lewat di  pasaran, tempatan namun  HSDM dilihat cukup yakin dengan penerimaan pasaran SUV crossover segmen D tiga baris yang diperbaharui ini.

Lagipun, menjengah bahagian luarannya, ia cukup menawan.

image.pngimage.pngimage.png

Kesemua lampu hadapannya dipadankan dengan lampu LED termasuk di belakang. Rekaan gril juga dilihat agak menonjol serta dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19-inci.

Melangkah masuk ke bahagian kabinnya pula, ia kini hadir dengan pemilih gear butang tekan baharu, manakala konsol tengah dash telah dinaikkan sedikit.

image.pngimage.png

Malah, varian Hybrid Max ini turut menggunakan upholsteri kulit manakala bahan sentuhan lembut pada bahagian pemuka dan sisi pintu.

Antara kelengkapan lain ialah paparan instrument digital bersaiz 12.3 inci, paparan skrin sentuh 8 inci,  menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kemasukan tanpa kunci serta pintu belakang berkuasa 

Varian tertinggi ini juga ada menawarkan tempat duduk hadapan yang boleh dipanaskan dan berventilasi, serta dilengkapi dengan fungsi memori pemandu.

image.pngimage.png

Mengenai ciri keselamatan pula, kesemua varian hadir dengan enam beg udara, ciri keselamatan Hyundai SmartSense penuh, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan kawalan cengkaman.

Bagi varian Hybrid Max dan Hybrid Plus,  kedua-dua berkongsi enjin petrol 1.6 liter TGDi dimana ia mampu menghasilkan kuasa  k keseluruhan 230 PS dan 350 Nm yang memacu roda depan menerusi transmisi automatik 6 kelajuan.

Sementara itu, varian diesel pula, ia  disumbat dengan enjin 2.2 liter CRDi. Varian ini mampu menghasilkan 193 PS dan 440 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi DCT lapan nisbah kelajuan.

image.png

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, tempahan Santa Fe sudah pun dibuka di semua pengedar sah namun  HSDM masih belum mendedahkan harga untuk rangkaian CKD Hyundai Santa Fe ini.

Ada desas-desus mengatakan bahawa ia akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi 

Ketepikan mengenai hari pelancarannya, apa pandangan anda mengenai pesaing SUV segmen-D ini? 

image.png

Adakah anda lebih suka model facelift ini atau  Santa Fe baharu berkotak?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2481

SELANGOR

BSP195

JOHOR

JYU4360

PULAU PINANG

PSB2741

PERAK

APG4968

PAHANG

CFG1528

KEDAH

KGF2077

NEGERI SEMBILAN

NEJ9820

KOTA KINABALU

SJR2831

KUCHING

QAB5253N

Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.

06-09-2024
Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.

10-11-2023
Kereta Baru

Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.

06-11-2023
Pandu Uji

5 FAKTA Ringkas Tentang IONIQ 6

Ioniq 6: Alternatif kepada Tesla!

22-09-2023
Kereta Baru

Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.

16-09-2023
Berita Auto
Kereta Baru

DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.

28-04-2023
Kereta Baru

Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.

20-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.