ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penangan Iklan Perodua Kancil 2004, Padu Habis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Penulis cukup tertarik dengan satu iklan Perodua yang disiarkan semula di laman berita, Reddit baru-baru ini.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik itu, ia menunjukkan seorang wanita dilihat kurang senang dengan bau ketiak seorang lelaki ketika menaiki pengangkutan awam.

Gambar itu menunjukkan kedua-dua belah bahagian ketiak lelaki itu basah.

Tertera kapsyen:

“Bukankah lebih selesa berkereta sendiri?  Miliki Kancil untuk hanya RM8.97 sehari.

“Peluang yang pasti anda nanti-nantikan bagi menikmati kepuasan m berkereta sendiri pada harga yang tidak membebankan,” katanya.

Tertera juga sekeping gambar kecil Perodua Kancil dan perkataan Kancil sebijak Anda.

Apapun, ayat yang digunakan cukup catchy sehingga menarik pelbagai reaksi netizen.

image.png

Menjengah ruangan komen:

"Kerajaan Malaysia pada 2023: "Kenapa orang ramai tidak mahu menaiki pengangkutan awam??"

"Lain pula bagi pengeluar kereta yang ketika itu lebih menggalakkan orang ramai memiliki kereta sendiri,” tulis seorang pembaca.

Sementara itu, seorang lagi menulis kereta Kancil itu kelihatan cukup comel di dalam iklan berkenaan.

“Ïa seolah-olah melemparkan senyuman dan berkata Äyuh, anda tahu anda mahu miliki saya.

“Malah bahagian hadapannya kelihatan seolah-olah wajah manakala nombor pendaftarannya pula seperti gigi,” katanya. 

SEJARAH PERODUA 

Sedikit latar belakang mengenai Perodua Kancil, ia sebenarnya adalah kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. 

Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000 dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke-100,000 dilancarkan pada 1997. 

image.pngimage.png

Perodua Kancil ke-250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. 

Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer).

image.png

Kancil pertama kalinya dikeluarkan dengan enjin 3 silinder, 659cc kaburator dengan transmisi 4 kelajuan. 

Model ini mempunyai peminatnya sendiri sebagai Model Pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Perodua.

Kancil mempunyai 3 model berbeza dan 4 kali menerima facelift (mengikut tahun):

• Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.

• Kancil 850EX - enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

• Kancil 850EZi - enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

Apapun, penulis menganggap iklan yang disiarkan pada tahun 2004 cukup menggamit memori silam.

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-08-2023
Berita Auto

30-05-2022
Berita Auto

26-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.