Proton S70 Laku Keras Walaupun Belum Dilancar!

Walaupun Proton S70 masih belum dilancarkan secara rasmi namun PROTON sudah meletakkan sasaran untuk menjual 2,000 unit S70 sebulan.
Itu kata Timbalan Ketua Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah ketika ditanya mengenai sasaran jualan Proton S70.

Beliau membuat andaian itu memandangkan pada minggu pertama pelancaran line-off pada 30 Oktober lepas, pihaknya telah merekodkan 400 tempahan.
“Pada hari yang sama juga, kita telah membuka tempahan dengan bayaran deposit sebnayak RM500,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan Naib Presiden China, Han Zheng ke Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak, pagi tadi.
Beliau mengakui bilangan tempahan akan meningkat seiring dengan sesi jelajah yang akan dilaksanakan Proton untuk memperkenalkan model S70 kepada umum.

Pada 31 Oktober lepas, PROTON mengesahkan bahawa nama rasmi model sedan terbaharunya adalah Proton S70.


Difahamkan, S70 menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT.
S70 adalah model baru kedua yang ditawarkan pada tahun 2023, dan sebelum pelancaran rasmi, pra-tinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge