Rakyat M’sia Boleh Akses Pengecas EV Singapura – Kolaborasi TNB & Charge+
-full_normal.jpg)
Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara rasminya telah menjalinkan kerjasama dengan Chargeplus Sdn Bhd (Charge+), anak syarikat Charge+ Pte Ltd., penyedia penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) yang terkemuka di Singapura dan Asia Tenggara. Melalui kolaborasi ini, pengguna EV kini dapat memanfaatkan stesen pengecas EV di Singapura dan Malaysia, sekaligus merevolusikan pengalaman penggunaan EV,
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani semasa Persidangan Tenaga TNB pada Ogos 2023 bagi menunjukkan komitmen kepada perkongsian ini. MoU itu membentuk landasan bagi pembangunan rangkaian rentas sempadan yang lancar untuk infrastruktur pengecas EV, sejajar dengan sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.
-full_normal.jpg)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato' Seri Ir. Baharin Din berkata “Kerjasama ini direka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara bagi kedua-dua pihak TNB dan Charge+ semasa mereka memulakan perjalanan merentas sempadan. Dengan akses lancar ke stesen pengecasan, pemandu kenderaan elektrik akan dapat menikmati kemudahan dan ketenangan fikiran yang tidak dapat dikecapi sebelum ini.”
Dengan hasrat untuk memperluaskan rangkaian sehingga 30,000 stesen pengecasan di lima negara Asia Tenggara menjelang 2030, MoU ini merupakan perintis kepada pakatan perayauan rentas
sempadan di Malaysia dalam sektor pengecasan EV, selaras dengan misi TNB untuk meningkatkan kebolehcapaian stesen pengecasan kenderaan elektrik di dalam Malaysia dan di luar negara.
-full.jpg)
Pertukaran MoU ini disempurnakan oleh Pengarah Program (PMO Kenderaan Elektrik) TNB, Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Charge+, Goh Chee Kiong. Ianya turut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Ir. Megat JalaluddinMegat Hassan; Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB (TNB Chief Global Business Solutions Officer), Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim dan Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman.
Baharin menyatakan bahawa usaha bagi menangani kebimbangan berkenaan kesesuaian EV untuk perjalanan jarak jauh dan rentas sempadan ini penting untuk mendorong penggunaan EV di Malaysia dan membantu mengurangkan pencemaran karbon.
Pelanggan kini dapat menggunakan pengecas EV yang disediakan oleh kedua-dua syarikat iaitu TNB Electron (GO TO-U) dan Charge+ (Charge+) dengan mudah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


