Sempena Ulang Tahun Pertama, Ada Rebat Untuk Beli Ora Good Cat

Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan ulang tahun yang pertamanya di pasaran Malaysia dengan menawarkan rebat istimewa sehingga RM20,000 bagi sesiapa yang membeli Ora Good Cat.
Sempena sambutan itu, GWM telah bekerjasama dengan ARTBOX bagi menganjurkan majlis keraian pertama mereka yang bertemakan #GoWithMore.
Acara itu akan dianjurkan selama dua hujung minggu berturut-turut pada 10 hingga 12 dan 17 hingga 19 November 2023, bermula pukul 3 petang hingga 11 malam.
Jadi, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun, GWM dengan bangganya mengumumkan tawaran rebat itu.
Ini bermakna para pelanggan yang menempah ORA GOOD CAT dalam warna terpilih pada bulan ini akan serta-merta menerima rebat RM20,000.

Selain itu, para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM18,888 dan hadiah menarik lain seperti HONOR X9b yang baru dilancarkan dan Pakej Kem Camping Lubar, dengan setiap tempahan yang berjaya pada bulan November dan pendaftaran ORA GOOD CAT menjelang 31 Disember 2023.


Bukan itu sahaja, peserta yang mengunjungi GWM di ARTBOX di Sunway Pyramid Open Carpark turut berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah misteri seperti baucar tunai RM2,000 dan barangan GWM.
Menyingkap kembali kejayaan yang dilakar dalam masa setahun, GWM telah melancarkan ORA GOOD CAT dan mengumumkan model-model yang paling dinantikan seperti GWM CANNON, GWM HAVAL H6, dan GWM HAVAL JOLION, di Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS.
GWM juga telah membuka Pusat Flagship 4S di seluruh negara, dengan memilih pengedar berkualiti tinggi untuk memperkukuhkan liputan rangkaian mereka.
Pusat 4S terbaharu yang meliputi kawasan utama di Lembah Klang telah dibuka di Kuala Lumpur dan diuruskan oleh CS Kiara Sdn. Bhd.
Selain itu, terdapat juga di beberapa lokasi lain seperti berikut:
1. Subang USJ - Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
2. Kuala Lumpur (Jln. Ipoh) – CS Kiara Auto Sdn. Bhd.
3. Kuala Lumpur (Sg. Besi) – Yuan Hui Auto Sdn. Bhd. (akan datang)
4. Puchong - Superhub Auto Services Sdn. Bhd.
5. Serdang – Kuro EV Auto Sdn. Bhd.
6. Bangi – G-Mart Corporation Sdn. Bhd.
7. Seremban - Seremban Victory Credit Sdn Bhd.
8. Penang – CS Euro Auto Sdn. Bhd.
9. Kota Kinabalu – Seni Akasia Sdn. Bhd. (akan datang)
10. Kuching – YLH Autoworld Sdn. Bhd.
11. Johor – Mjaya Sdn. Bhd. (akan datang)
GWM juga mencatatkan satu lagi pencapaian cemerlang tahun ini dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).
Langkah itu adalah persediaan untuk majlis pecah tanah kemudahan pengeluaran CKD di Melaka.
Kerjasama itu akan menjadi pemangkin kepada pengeluaran domestik rangkaian SUV, Pick-up, dan kenderaan elektrik tercanggih GWM, menandakan era transformasi dalam landskap pengeluaran automotif Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober
Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.
02-10-2024
Ada Berita Baik Siapa Nak Beli Ora Good Cat
GWM Malaysia memperkenalkan Pelan Penukaran Mudah daripada ICEkepada kereta elektrik EV,
01-09-2023
EV Mampu Milik Tapi Nampak Macam Kereta Beetle
Pandu Uji Ora Good Cat: EV mampu milik tapi gaya meletup kebabom!
01-06-2023
GWM Malaysia & MITI Berkolaborasi, ORA GOOD CAT 500 Ultra Digunakan Untuk Kajian Pengangkutan
ORA GOOD CAT 500 Ultra akan digunakan dalam beberapa siri pandu uji kenderaan elektrik (EV) yang akan dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
09-03-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge