Stellantis Masuk Kedah, Sudah Labur RM2 Bilion

Stellantis yang merupakan salah satu pengeluar kereta terbesar dunia dengan 14 jenama ikonik seperti Peugeot, Citroën, Ram, Maserati, Alfa Romeo dan Jeep sedang menilai potensi kilang di Gurun sebagai hab pembuatan serantau.
Stellantis berkata, pihaknya kilang di Gurun dijangka mengeluarkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.
"'Kilang terbabit kini mengeluarkan model utama Peugeot termasuk 2008, 3008 dan 5008 yang diedarkan ke pasaran di rantau ini termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Kemboja," katanya dalam satu kenyataan.
Malah, Stellantis juga berhasrat untuk mewujudkan penyelesaian mobiliti baharu selain menerajui peralihan kepada elektrifikasi di ASEAN.
Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN, Daniel Gonzalez berkata pelan pertumbuhan dan pengembangan ASEAN Stellantis adalah seiring dengan komitmen syarikat untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2038.

“Sebahagian besar rancangan ASEAN, kami tertumpu pada inovasi yang membabitkan peralihan kepada elektrifikasi dan teknologi. Ini akan meletakkan Stellantis di barisan hadapan dalam era baharu penyelesaian mobiliti.
“Potensi EV sangat besar di ASEAN dan kami mahu menerajui pengembangan elektrifikasi di rantau ini dan menghasilkan EV di ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.
Stellantis menyasarkan untuk mewujudkan platform STLA Medium ke Rantau ASEAN yang telah diperkenalkan secara global pada Jun 2023.
STLA Medium ialah platform global BEV-by-design dengan ciri-ciri canggih termasuk menawarkan jarak perjalanan 700 kilometer terbaik dalam kelasnya, kecekapan tenaga, kuasa terbaik, dan kuasa pengecasan.
Selaras dengan komitmen Stellantis terhadap kelestarian jangka panjang dan sasaran untuk mencapai strategi Dare Forward 2030, pembuat kereta itu melabur lebih RM2 bilion (€400 juta) untuk memperkenalkan platform STLA Medium.
Platform itu membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) di ASEAN untuk ASEAN yang mampu mewujudkan peluang penyumberan untuk pembekal dan pengilang tempatan melebihi RM5 bilion (€990 juta) dalam tempoh empat tahun akan datang.
Melalui pelaburan ini, Stellantis komited untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi dalam pasaran ASEAN yang mana dapat membuka banyak peluang baharu menjangkaui aspek pembuatan.
Malah, Stellantis juga telah bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dan pihak berkepentingan lain di negara terbabit termasuk perjanjian dengan rakan niaga di Indonesia, Indomobil Group, bagi memulakan aspek pemasangan tempatan kenderaan elektrik Citroën pada 2024.
Pada 2021, Stellantis memperoleh 100% kepentingan pemilikan kilang di Gurun, Kedah dan menubuhkan Ibu Pejabat Wilayah India serta Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur, iaitu sebagai sebahagian daripada pelan hala tujunya “Built in ASEAN for ASEAN”.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



