Subsidi Bersasar RON95 Mula Tahun Depan
-full.jpg)
Program subsidi bersasar memastikan sokongan kewangan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Program subsidi bersasar bagi RON95 akan mula dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2024 sebagai inisiatif untuk memastikan sokongan kewangan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa model di mana golongan T20 menerima 53 peratus daripada subsidi bahan api bukanlah satu model yang mampan atau adil.
![]()
Program subsidi bersasar bagi RON95 akan mula dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2024.
"Usaha ini sejajar dengan kedudukan kerajaan dalam meluaskan paradigma fiskal. Berdasarkan kewangan awam kita yang mengalami defisit fiskal lebih 5.0 peratus selama tiga tahun berturut-turut, kita perlu mencari kaedah baharu untuk menggerakkan sumber kita dan mengurangkan pembaziran dalam sistem," katanya semasa Persidangan Prospek Ekonomi Negara (NEOC).
Rafizi menegaskan bahawa program penyasaran semula subsidi ini akan memberikan peningkatan positif kepada kedudukan fiskal negara.
-full.jpg)
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
Mengulas lanjut mengenai inisiatif ini, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pelaksanaan program subsidi bersasar ini mengambil masa yang lama bagi memastikan kelancarannya.
“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan lohong sebaik mungkin.
“Kita tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan. Kita mengambil setahun untuk menyediakan asas dan saya tidak kisah,” katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat