Tiga Lagi Sub-Jenama GWM Bakal Tembusi Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?
Tidak ramai yang tahu, pengeluar automotif China, GWM, memiliki portfolio yang luas dengan lima sub-jenama - ORA, HAVAL, GWM CANNON, TANK dan WEY.
Great Wall Motor (GWM), syarikat automotif China, memiliki portfolio yang cukup luas dengan lima sub-jenama. GWM Malaysia berkemungkinan besar akan membawa masuk lebih banyak lagi jenama-jenama ini di pasaran Malaysia selain ORA dan HAVAL.
w-full.webp)

Tiga lagi sub-jenama lain di bawah GWM yang masih belum mendarat di negara kita ialah GWM CANNON, TANK dan WEY, yang mana masing-masing tampil berbeza dengan konsep dan DNA tersendiri.
GWM CANNON
Sub-jenama pertama yang dikhabarkan akan memasuki pasaran negara, GWM Cannon, ialah cabang bagi barisan trak pikap GWM, yang kini merupakan trak terlaris di pasaran China selama 25 tahun berturut-turut. Dikatakan bahawa satu daripada setiap dua trak pikap yang terjual di negara tersebut ialah daripada GWM.


Diperkenalkan di Malaysia Auto Show 2023 pada bulan Mei lalu, tempahan untuk GWM CANNON telah dibuka di Malaysia sejak Ogos tahun ini.


Trak pikap GWM CANNON ULTRA menjanjikan pelbagai ciri dan kemudahan termasuk anak tangga yang boleh dilipat untuk memudahkan akses ruang simpanan belakang.
TANK

-full.webp)
Sub-jenama seterusnya ialah TANK, yang terdiri daripada SUV mewah dan terlaris di China. Salah satu model yang baru diperkenalkan ialah TANK 700 semasa Guangzhou Auto Show 2023. Model ini diberikan sentuhan rekaan yang berbeza, kelengkapan mewah, keselesaan tinggi dan memiliki kemampuan all-terrain.
Awal tahun ini, SUV TANK GWM telah diperkenalkan di negara jiran kita, Thailand, dan menerima sambutan baik. Ini menandakan tidak lama lagi, sub-jenama ini pasti akan menembusi pasaran negara kita, berkemungkinan seawal tahun hadapan.
WEY
Sub-jenama terakhir, WEY, pula menawarkan pelbagai model SUV dan MPV mewah yang bersaiz besar. Setiap model di bawah jenama ini sarat dengan kelengkapan premium dan teknologi canggih.
Daripada ketiga-tiga sub-jenama ini, WEY mungkin yang paling lambat memasuki pasaran Malaysia, tetapi kita tidak menolak kemungkinan kedatangan model ini ke negara kita, memandangkan kehadiran GWM Malaysia kini semakin kukuh di Malaysia.

Di Malaysia, rangkaian 15 cawangan GWM di seluruh negara dijangka berkembang dua kali ganda kepada 30 cawangan pada separuh pertama (1H) tahun 2024.
Sebagai persediaan kedatangan sub-jenama baharu GWM, syarikat ini komited memperluaskan cawangannya di seluruh Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 15 cawangan GWM telah bertapak di seluruh negara dengan perancangan untuk memperluaskannya lagi kepada 30 cawangan pada separuh pertama (1H) tahun 2024, ini adalah termasuk penubuhan lebih banyak pusat 4S.



Penambahan rangkaian GWM Malaysia pada tahun 2024 lebih menumpukan kepada penubuhan lebih banyak pusat 4S.
GWM Malaysia telah menubuhkan pusat-pusat alat ganti yang khusus untuk menyokong rangkaian ini dan menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas kepada para pelanggan.
Selain itu, GWM Malaysia juga bersedia untuk meningkatkan usaha pemasangan tempatan (CKD). Salah satu petunjuk ke arah usaha ini ialah penandatanganan Memorandum Pemahaman (MoU) yang diadakan baru-baru ini dengan rakan kongsi, EP Manufacturing Berhad.

GWM HAVAL H6 dijangka menjadi model GWM pertama yang dipasang tempatan (CKD). Model ini juga dijangkakan akan dijual pada tahun 2024 pada harga sekitar RM150,000.
Model GWM pertama yang dijangka akan dipasang di dalam negara ialah HAVAL H6, salah satu SUV crossover terlaris di China yang terkenal dengan ketahanannya. Melalui pemasangan CKD, model ini dapat ditawarkan di pasaran pada harga yang berpatutan, dijangka kira-kira RM150,000.
Apakah pendapat anda mengenai kedatangan sub-jenama GWM ini di pasaran Malaysia? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
