Bank Down? Bayar Pengecas EV Guna E-Wallet ChargeSini, Ada BONUS! Caj Per kWh Murah
-full_normal.webp)
Promosi pengenalan e-dompet ChargeSini
Kedudukan ChargeSini sebagai syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) kini semakin kukuh dan bakal menjadi CPO kedua paling aktif di Malaysia dari segi perkembangan rangkaiannya. Sehingga kini, sebanyak 582 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EVCB) telah disediakan yang merangkumi 118 unit pengecas DC dan 464 pengecas AC.
-full.webp)
Rangkaian pengecas EV ChargeSini kini berkembang pesat di seluruh Malaysia
ChargeSini menyasarkan untuk memberi tumpuan pemasangan di lokasi-lokasi yang menjadi tarikan pelancong, hotel, restoran, pusat beli-belah dan kondominium. Selaras dengan perkembangan pesat rangkaian pengecasan ChargeSini, syarikat ini telah menaik taraf perkhidmatan yang ditawarkan dengan melancarkan dua kemas kini terbaru.
BAYARAN BERDASARKAN KWH YANG LEBIH BERBALOI
Kini pengguna sistem pengecasan yang disediakan ChargeSini dapat menikmati harga pengecasan yang lebih berbaloi berbanding sebelum ini yang dikira berdasarkan tempoh pengecasan per minit kepada kiraan kWh. Kadar yang dikenakan bagi pengecas AC hanyalah RM1.09/kWh, manakala DC pula RM1.19/kWh.
GUNA SISTEM E-DOMPET & DAPAT BONUS SEHINGGA 10%!
Selain itu, ChargeSini turut memperkenalkan integrasi pembayaran dengan e-dompet yang membolehkan bayaran setiap sesi pengecasan dapat dibuat dengan lebih mudah. Pelancaran sistem pembayaran baharu ini mengelakkan masalah yang seringkali berlaku apabila terjadi masalah teknikal dengan sistem bank.
-full.webp)
E-dompet ChargeSini menjadikan pembayaran setiap sesi pengecasan lebih mudah
Untuk menggunakan ciri baharu ini, pengguna hanya perlu mengisi dompet ChargeSini dengan kad kredit/debit dengan nilai sama ada RM50, RM100, RM200, RM300 atau RM500.
Pengguna akan menerima ganjaran sehingga 10% daripada jumlah kredit sebagai promosi pengenalan bagi pelancaran dompet ChargeSini.
-full.webp)
Pengecas EV ChargeSini dilengkapi dengan sistem penghalang parkir untuk mengelakkan kenderaan salah guna ruang pengecas EV
Kredit bonus sebanyak 10%, hanya ditawarkan bagi tambah nilai sebanyak RM300 dan RM500, sementara tambah nilai RM200 pula akan menerima kredit bonus 5%. Buat masa ini, tarikh akhir bagi promosi kredit bonus sehingga 10% ini masih belum diumumkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar
KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.
23-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
