ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sempena ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) yang akan berlangsung pada bulan hadapan nampaknya pameran itu menjanjikan penampilan beberapa model konsep.

Selain Nissan, Honda turut mengambil bahagian dalam pameran ini, dimana pengeluar kereta Jepun itu ada mendedahkan barisan produknya untuk pameran berkenaan.

Bermula dengan model crossover SUV  dalam senarai, WR-V Field Explorer Concept adalah berdasarkan Honda WR-V spesifikasi Jepun.

image.png

Tidak seperti model WR-V generasi kedua yang kami dapat di sini, dimana ia dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

Sebaliknya, Honda WR-V di Jepun sebenarnya merupakan hasil transformasi dari Honda Elevate India.

Honda Elevate India dibangunkan khusus untuk pasaran India.

image.png

Kembali kepada model konsep, WR-V Field Explorer ini mempunyai beberapa peralatan lasak dan sesuai untuk perjalanan off-road kerana disarungkan dengan tayar off-road, skirt sisi, serta ada rak bumbung.

Selain itu, perubahan kosmetik lain ialah lampu depan dan lampu belakang berwarna gelap, reka bentuk gril hadapan baharu dengan tulisan Honda dan tiga lampu penanda LED berwarna kuning, lampu kabus kuning dan beberapa aksen hitam yang menggantikan kemasan aluminium dan krom standard.

Dari segi rangkaian kuasa, konsep WR-V ini masih menggunakan enjin 1.5 liter dimana ia mampu menghasilakan kuasa  119 hp.

Kuasanya  dihantar ke roda hadapannya (FWD) melalui kotak gear CVT, namun tiada tetapan AWD untuk kereta konsep off-road  ini.

Selain model konsep WR-V, Honda turut mempamerkan beberapa model termasuk Honda Civic Type R Mugen FL5 yang diubah suai.

image.png

Jentera ini ada ditayangkan pada pameran TAS tahun lepas namun hot hatch ini ditala dengan lebih agresif. Ia terdiri daripada hud gentian karbon termasuk ada pembahagi hadapan dan spoiler belakang gentian karbon yang lebih besar.

image.pngimage.png

Dari segi mekanikal, Mugen FL5 Type R memaparkan tetapan suspensi yang diubah suai,  selain ditambah dengan brek Brembo yang lebih kuat manakala  angkupnya  tersembunyi di bawah roda aloi. 

Honda, bagaimanapun, tidak menyebut sebarang penambahbaikan pada enjin pada 2.0 liternya.

Jadi, kita boleh mengandaikan ia masih menghasilkan kuasa 325 hp sama seperti model standard, FL5 Type R yang berversi Jepun.

Selain WR-V dan Mugen Civic Type R, Honda turut mengetengahkan beberapa model kereta lumba untuk menyerlahkan penglibatan sukan permotorannya sepanjang tahun.

image.png

Antara kereta lumba yang disertakan ialah Honda Civic Type R-GT daripada Siri Super GT Jepun, Civic Konsep CNF-R Type R yang menggunakan bahan api neutral karbon (CNF), serta kereta Formula Satu Red Bull RB19, yang menyapu bersih keseluruhan musim Formula Satu 2023, dengan memenangi kedua-dua Kejohanan World Drivers’ Championship (WDC) dan World Constructors' Championship (WCC).

Apapun, TAS 2024 akan berlangsung bermula dari 12 hingga 14 Januari 2024 di Makuhari Messe di Chiba, Jepun. 

Sehubungan itu, kita boleh mengharapkan lebih banyak model daripada Honda dan beberapa pembuat kereta Jepun yang lain mempamerkan model mereka sejurus  pelancaran TAS 2024  nanti.

Jadi, teruskan bersama CariCarz.com.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

30-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.