Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan

Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi menjamin kepada para pelanggannya bahawa pihaknya cukup komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh akauntabiliti selepas isu skandal ujian keselamatan Daihatsu kembali hangat, baru-baru ini.
Presiden UMW Toyota Motor,Datuk Ravindran K. berkata, pihaknya cukup peka dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaan jenamanya.
“Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
“Untuk itu, kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawalselia untuk menangani isu ini secara segera dan telus, dengan komitmen untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang di laksanakan oleh DMC, yang memberi kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.
Menurutnya, pihaknya memaham betapa penting kepercayaan para pelanggan, terhadap produk mereka.
“Kami tekad untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap kami. Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadi fokus utama kami,”tambahnya.

Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya.
Difahamkan, model yang terjejas bukan sahaja yang dijual di bawah jenama Daihatsu tetapi yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.
Rentetan itu, beberapa model Perodua juga telah disenaraikan dalam kenyataan terbaharu ini, iaitu Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Aruz, Alza generasi kedua, Ativa, Myvi dan Bezza.
Bagi model Toyota yang disenaraikan dengan pasaran Malaysia ialah Rush, Yaris, Vios dan Veloz.
Berdasarkan siasatan, didapati terdapat 174 penyelewengan dalam 25 ujian yang dilakukan dalam ujian perlanggaran sisi tiang pada bulan April lepas.
Isu itu turut memberi tamparan hebat kepada pengeluar kereta nasional, Perodua dan UMW Toyota Motor (UMWT).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4683
SELANGOR
BST2036
JOHOR
JD589J
PULAU PINANG
PSF532
PERAK
APK9278
PAHANG
CFH5328
KEDAH
KGH7083
NEGERI SEMBILAN
NEL5611
KOTA KINABALU
SJT6741
KUCHING
QAB4464P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris
UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.
12-04-2025
Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras
Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.
21-03-2024
Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!
UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.
12-05-2023
Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios
Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.
08-05-2023
Jangan GELABAH, UMW Toyota Motor Jamin Toyota Vios Selamat
Toyota Vios patuhi semua peraturan keselamatan.
02-05-2023
Berita Terkini
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
