"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengesahkan bahawa pihaknya sedang melakukan penilaian terperinci mengenai isu skandal ujian keselamatan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sedang meneliti isu itu.

Pengumuman Daihatsu tentang isu ‘ketidakaturan prosedur’ sebenarnya membawa kesan terhadap barisan kenderaan keluaran Perodua.
“Jadi, kami akan berkongsi hasil perbincangan ini dengan semua pelanggan kami dalam masa terdekat. Untuk itu, kami memohon memohon maaf kepada para pelanggan serta orang awam di atas keresahan yang timbul ekoran pengumuman itu.
“Niat kami adalah untuk memberi jaminan kepada para pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata demikan berikutan laporan jawatankuasa audit bebas mengenai penipuan ujian keselamatan atau ketidakaturan prosedur yang dilakukan oleh Daihatsu Motor Co., Ltd. (DMC) ketika menjalankan ujian keselamatan kenderaan terhadap beberapa pengeluar kenderaan (OEM).
Laporan jawatankuasa audit bebas seperti mana yang diumumkan oleh DMC:
Menyebut pemeriksaan dan ujian ini mengesahkan bahawa kesemua 174 ketidakaturan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa audit bebas memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.
Terdahulu, Toyota Motor Corp. dilaporkan telah menangguhkan kesemua penghantaran kenderaan yang dihasilkan di Jepun termasuk untuk pasaran luar negara yang dikendalikan oleh anak syarikat Daihatsu Motor Co.
Langkah itu diambil berikutan skandal ujian keselamatan yang pernah tular pada April tahun ini dan nampaknya isu ini kembali hangat.
Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya.
Difahamkan, model yang terjejas bukan sahaja yang dijual di bawah jenama Daihatsu tetapi yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.
Ini bermakna isu itu turut membabitkan keseluruhan barisan jenama Perodua. Antaranya ialah Perodua Axia 1.0E, Ativa, Bezza, Myvi dan Aruz.
Ini menjelaskan bahawa walaupun terdapat isu yang dikesan dengan kereta yang terjejas, namun Perodua sebenarnya masih memenuhi peraturan minimum.
Bagaimanapun, kita tunggu sahaja hasil perbincangan yang akan diumumkan nanti.
Buat masa ini, UMW Toyota Motor masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat