- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!
Mercedes EQE 500 4Matic SUV Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM484K, Jarak EV 552KM!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model Mercedes EQE 500 4Matic SUV yang ditawarkan pada harga daripada RM484,888.00, atas jalan, tanpa insurans.
PRESTASI EQE 500 4MATIC SUV
Dari segi prestasi, Mercedes EQE 500 4Matic SUV menggunakan dua motor dengan output 408 hp dan tork 858 Nm yang memberikan kereta kemampuan untuk melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapaikan ialah 210 km/j.

Motor elektrik kereta dikuasakan oleh bateri berkapasiti 90.6 kWh. Dengan cas penuh, sedan elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 552 km (WLTP). Model ini boleh dicas dengan pengecas AC sehingga 22 kW dan DC hingga 170 kW.
REKA BENTUK EQE 500 4MATIC SUV






Dari sudut hadapan, panel hitam EQE SUV mempamerkan motif bercorak logo Mercedes-Benz. Antara ciri penting di bahagian ini ialah lampu depan dengan teknologi DIGITAL LIGHT yang pintar. Diberikan sentuhan AMG Line, terdapat pelbagai elemen sporty seperti rekaan bampar hadapan dengan sudut bawah berwarna hitam, kemasan pada pintu dan insert belakang dalam warna krom berkilat dan banyak lagi. Model ini turut diberikan rim aloi bersaiz 21 inci gaya AMG.

Selain itu, EQE 500 4Matic direka dengan penuh terperinci yang mana pelbagai sudut diberikan elemen aerodinamik.
BAHAGIAN DALAM EQE 500 4MATIC SUV

Bergerak ke bahagian dalam kereta, model ini kelihatan sporty dengan gaya AMG, jelas terlihat daripada penggunaan tempat duduk sporty yang diberikan bolster tepi dalam balutan kulit hitam/kelabu. Untuk keselesaan optimum, tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi memori dan pemanas. Selain itu, ciri sokongan lumbar 4 arah turut disediakan.






Berikut adalah ciri-ciri lain yang terdapat dalam kabin:
- Pencahayaan ambien aktif
- Karpet lantai AMG
- Roof liner fabrik hitam
- Stereng prestasi AMG dalam balutan nappa
- Elemen kemasan kayu magnolia dengan motif logo Mercedes-Benz
- Pakej ENERGIZING
- Pakej AIR BALANCE
- Pakej Comfort Acoustic
- Pencahayaan keliling dengan pantulan logo Mercedes-Benz
- Sunvisor jenis tarik
- Pakej USB Plus
- Pad pengecas tanpa wayar
CIRI KESELAMATAN EQE 500 4MATIC SUV

EQE hadir dengan pakej Driving Assistance Plus yang terdiri daripada teknologi berikut:
- Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC
- Penghidupan Semula Automatik untuk Kesesakan Lalu Lintas
- Bantuan Kekal Lorong Aktif
- Bantuan Stereng Aktif
- Bantuan Pengendalian Aktif
- Impuls sisi PRE-SAFE®
- Sensor Belakang untuk Bantuan Keluar Lorong
Perlindungan Kenderaan URBAN GUARD Plus:
- Sistem Penggera Anti-Pencurian
- Sistem Pemantauan Dalaman
Pakej Parking dengan Fungsi Parking Jarak Jauh
- Kamera 360°
- Bantuan Parking Aktif
- Pra-Pemasangan untuk Bantuan Parking Jarak Jauh
Ciri lain ialah, Bantuan Parkir Memori, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, TIREFIT, Beg Udara Tingkap, Beg Udara Lutut, Sistem PRE-SAFE®, Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz.
HARGA EQE 500 4MATIC SUV

Seperti yang dikatakan di awal artikel, model ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM484,888.00, atas jalan, tanpa insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Malaysia Perkukuh Pasaran Pantai Timur, Rasmi Autohaus Terbesar di Kuantan
Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Kuantan, Pahang.
18-05-2026
Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.
10-09-2025
Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).
10-09-2025
Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang
Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.
02-07-2024
Mercedes-Benz Malaysia Baharu Terletak Di Seremban
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan Minsoon Star Sdn Bhd merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Autohaus baharu di Seremban, Negeri Sembilan.
07-10-2022
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam
22-06-2022
Mercedes-Benz Malaysia Adakan Anugerah Pengedar Tahunan Terbaik Yang Ke-5
Mercedes-Benz Malaysia telah mengadakan anugerah Pengedar Tahunan Terbaik, dan ini pemenang-pemenangnya...
06-04-2022
Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility
Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.
24-03-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

