ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Model Baharu Golf 2024 Ditayang

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volkswagen tayang video teaser model baharu Golf.

Sudah bukan lagi rahsia bahawa Volkswagen berhasrat untuk melancarkan model Golf Mk9 pada tahun 2028 nanti.

Di sebalik Golf berkuasa enjin pembakaran dalaman yang bakal lenyap, Volkswagen mengesahkan bahawa model Golf MK8 bakal menjadi model terakhir pada pertengahan tahun depan.

Justeru, menjelang penampilan sulungnya, Volkswagen akhirnya menyiarkan video teaser pertamanya mengenai model baharunya yang dikenali sebagai Golf MK8.5.

Menerusi satu video pendek, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Thomas Schafer berkata, mengumumkan bahawa produk baharu akan dilancarkan pada 2024.

Video itu kemudian dipotong manakala Schafer dilihat menekan satu butang dengan menoleh ke belakang dimana video tersebut memaparkan lampu depan yang diterangi dan lambang Golf Mk8.5. 

Schafer kemudian berkata:

“See you next year,” ujarnya ringkas.

Menerusi video teaser itu, kita dapat melihat bahawa Golf baharu itu menampilkan bar lampu LED yang penuh manakala logo Volkswagen turut bercahaya.

Selain itu, lampu depan jenis LED itu juga dilihat agak berbeza dengan model Golf yang ketika ini berada di pasaran.

Ini kerana ia menampilkan lampu signatur berbentuk heksagon membuatkan kedua-dua lampu itu kelihatan seolah-olah mata yang cukup tajam.

image.pngimage.png

Model baharu Golf (kiri), Golf GTI Mk8 (kanan).

Malah, model itu turut menunjukkan sebahagian rel bumbung sekali gus menyakinkan ia berkemungkinan besar adalah model Golf baharu.

Walaupun agak teruja untuk melihat model Golf baharu keluar, namun Volkswagen telah merancang untuk melancarkan Golf Mk9 serba elektrik pada tahun 2028.

image.png

Model Mk-8 guna petrol.

Ini bermakna hanya tinggal masa sahaja model Golf berkuasa enjin pembakaran dalam bakal lenyap tidak lama lagi.

Apapun, buat masa ini, kami tidak mendapat butiran lanjut mengenai spesifikasi model Golf baharu yang akan datang ini,

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

18-04-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024
EV

19-02-2024
Berita Auto

05-02-2024
Global

28-01-2024
Global

24-01-2024
Global

09-01-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.