ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Patutkah Proton Putra Dikembali Tapi Ikut Gaya S70?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lakaran Theottle.

Selepas memberi bayangan pengganti Suprima S adalah Proton S70, kini pakar  dalam manipulasi digital, Theophilus Chin atau Theottle sekali lagi tampil dengan lakaran terbaharunya.

Kali ini, Theottle memberi kita gambaran bagaimana pula rupa coupe hatchback Proton S70 yang diberi nama Proton C70.

Walaupun ia kelihatan agak pelik sedikit, nampaknya Theottle menggunakan bayangan Audi Quattro Concept keluaran tahun 2010 sebagai asas rekaan Proton C70.

Seperti mana hasil karya Theottle sebelum ini, saya tidak menolak bahawa  render terbaharu mengenai 'Proton C70' kelihatan cukup meyakinkan.

Ini sekali gus memberi harapan kepada peminat kereta Proton Putra untuk melihat Proton Putra kembali ke dalam barisan model Proton pada masa depan.

image.png

Pandangan dari sisi.

Lakaran Mungkin ada yang menganggap ia sudah terlewat memandangkan Proton kali terakhir menghasilkan Proton Putra pada tahun  1996 sebelum ditamatkan pengeluaran pada  2001 dan sekali lagi pada tahun  2004.

Ketika itu, Putra ditawarkan bersama beberapa model yang lain seperti Proton Wira sedan dan Proton Satria 3 pintu.

Bagi yang sudah lupa mengenai Proton Putra, jentera ini disumbat dengan enjin 1.8 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 118 hp dan tork 164Nm.

Ia  mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9 saat. Harganya ketika itu ditawarkan pada RM 68,887. 

Nilai estetika sportynya dapat diliihat dari bahagian tempat duduk hadapan Recaro N-joy serta roda stereng Momo Daytona dan tombol shifter 

image.png

Proton Putra.

Malangnya, ciri-ciri istimewa yang ada di dalam kabinnya serta enjin 1.8 liter – membuatkan  Putra sentiasa menjadi sasaran pencuri.

Di sebalik gambaran ini, adalah Proton perlu mempertimbangkan semula membawa Putra ke pasaran tetapi diilhamkan daripada S70? Apakah pula prestasi yang anda harapkan, jangan lupa kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL7756

SELANGOR

BSS9714

JOHOR

JC6994J

PULAU PINANG

PSE8492

PERAK

APK7817

PAHANG

CFH4918

KEDAH

KGH6319

NEGERI SEMBILAN

NEL4973

KOTA KINABALU

SJT6084

KUCHING

QAB4251P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-07-2026
Pandu Uji

14-02-2026
Kereta Baru

16-12-2025
Berita Auto

29-11-2025
Global

22-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

PGA Terima 375 E-Bike JEBATT F29 Kawal Sempadan

Zaman Motor Polis 'Vroom-Vroom' Dah Lepas, Tak Sempat Dengar Tahu-Tahu Dah Kena Kepung! PDRM Kini Guna Jebatt F29.

20-08-2026
Berita Auto

KKR Rayu Tambahan Peruntukan: RM2 Bilion Tak Cukup Selenggara Jalan

Kekangan Bajet Jalan Raya: KKR Terpaksa Utamakan Kawasan Black Spot & Kerap Kemalangan.

19-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.