Pesaing Model Tesla S Dah Sampai

Kereta saloon mewah, Nio ET9 akhirnya membuat penampilan sulungnya sempena Nio Day 2023 pada minggu lepas.
Model perdana itu dikatakan paling premium Nio setakat ini sekali gus membuatkan ia mampu bersaing dengan model Tesla S, BMW i7 dan Mercedes-Benz EQS.
Sama seperti adiknya yang lebih kecil, Nio EC7, ET9 dilihat memaparkan reka bentuk yang yang tidak begitu konvensional untuk sesebuah kereta saloon.


Ia dilihat menampilkan garis bumbung fastback gaya coupe serta pelepasan tanah yang sangat tinggi seperti crossover SUV.
Selain daripada gaya badannya,ET9 masih mengekalkan beberapa isyarat penggayaan khas Nio, termasuk hujung hadapan yang tajam dengan lampu nyalaan siang LED tipis dan bar lampu belakang lebar yang penuh dan menggunakan roda aloi bersaiz 23 inci.

Ia turut menampilkan bit kenderaan elektrik yang cukup kritikal dimana sayap belakangnya boleh ditarik balik manakala pemegang pintunya juga tersembunyi.
Jika sekilas pandang, ia kelihatan 'bersaiz sederhana' dalam gambar, sebaliknya ET9 adalah kereta yang agak besar kerana memiliki ukuran panjang 5,324 mm, selebar 2,016 mm, , dan setinggi 1,620 mm manakala jarak rodanya adalah 3,250 mm.
Setakat ini bahagian yang paling mengagumkan dalam ET9 ialah kabinnya yang sarat ciri-ciri mewah dan moden.
Ia menampilkan susun atur empat tempat duduk, dua tempat duduk belakang dan ia boleh disandarkan ke belakang sehingga 45 -sudut darjah selain boleh dilaraskan secara 11 hala.


Antara kelengkapan lain ialah meja boleh lipat, dua skrin sesentuh AMOLED 14.5 inci, bumbung panoramik, peti sejuk, pelbagai ruang simpanan serta tablet lapan inci khas untuk mengawal pelbagai fungsi dalam kenderaan.
Sementara itu, di bahagian hadapan, ET9 mendapat skrin infotainmen AMOLED 15.6 inci yang terapung di atas pemuka hadapan.


Menyentuh trenkuasanya pula, Nio ET9 menggunakan platform EV generasi ketiga baharu Nio yang menampilkan seni bina bateri 900 voltan yang pertama di pasaran China.
Dengan persediaannya itu, ia memberikan ET9 kadar pengecasan kuasa puncak sehingga 600 kW, yang membolehkan ia boleh bergerak sejauh 255 kilometer walaupun hanya lima minit dicas.
Selain itu, ia yang menawarkan persediaan AWD dwi-motor membuatkan ia mampu memberikan jumlah output sistem sebanyak 697 HP (520 kW).

Sama seperti pergerakannya, Nio masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung prestasinya.
Ia kini sudah dibuka untuk tempahan di China manakala penghantarannya hanya akan bermula pada suku pertama tahun 2025.

ET9 dijual pada harga RM517,938.
Apapun, ET9 akan menjadi pasaran domestik China yang eksklusif, dengan pembuat kereta itu masih belum mendedahkan sebarang rancangan untuk mengeksportnya ke pasaran antarabangsa yang lain.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Selain UK: Nio Firefly Juga Bakal Masuk Malaysia?
UK akan menjadi salah sebuah negara yang akan turut menerima Nio Firefly seawal Oktober tahun ini.
05-06-2025
Nio Dedah Firefly, EV Kompak Belum Pernah Nampak Di M'sia Lagi!
Nio mendedahkan kenderan elektrik pertamanya, Nio Firefly, baru-baru ini.
23-12-2024
Nio Keluarkan Bateri Boleh Capai Jarak EV 1,055 KM Secara Besar-Besaran!
Nio mendedahkan bateri keadaan-separa-pepejal pertama dunia yang dihasilkan secara besar-besaran.
08-04-2024
NIO ET5, EV Dengan Jarak Perjalanan 1000KM Bakal Diserahkan Kepada Pembeli Tak Lama Lagi
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, NIO, baru-baru ini telah mendedahkan foto-foto yang menunjukkan prototaip pengesahan ET5.
03-02-2022
Kumpulan Pertama NIO ES8 telah dihantar ke Norway
NIO, syarikat automobil yang berpangkalan di Shanghai telah memulakan penghantaran kumpulan pertama NIO ES8 dari Pelabuhan Waigaoqiao, Shanghai ke Norway pada 20 Julai lalu.
27-08-2021
Kilang Cip Malaysia Gantung Operasi – Tesla, Ford, Nissan Antara Yang Terkesan
Malaysia merupakan pengeksport semikonduktor yang ketujuh terbesar di dunia.
25-08-2021
NIO Dapat Kelulusan, ES8 Sedia Tembusi Buat Pertama Kali Pasaran Luar Negara!
NIO mengesahkan bahawa kereta SUV elektrik pintarnya menerima proses Kelulusan Jenis Kenderaan Seluruh Eropah (EWVTA) baru-baru ini.
05-08-2021
Berita Terkini
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia
Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.
13-03-2026
Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih
Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.
11-03-2026
Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link
Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi
06-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
