ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pesaing Model Tesla S Dah Sampai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kereta saloon mewah, Nio ET9 akhirnya membuat penampilan sulungnya sempena Nio Day 2023 pada minggu lepas.

Model perdana itu dikatakan  paling premium Nio setakat ini sekali gus membuatkan ia mampu bersaing dengan  model Tesla S, BMW i7 dan Mercedes-Benz EQS.

Sama seperti adiknya yang lebih kecil, Nio EC7, ET9 dilihat memaparkan reka bentuk yang yang tidak begitu konvensional untuk sesebuah kereta saloon.

image.pngimage.png

Ia dilihat menampilkan garis bumbung fastback gaya coupe serta pelepasan tanah yang sangat tinggi seperti crossover SUV.

Selain daripada gaya badannya,ET9 masih mengekalkan beberapa isyarat penggayaan khas Nio, termasuk hujung hadapan yang tajam dengan lampu nyalaan siang  LED tipis dan bar lampu belakang lebar yang penuh dan menggunakan roda aloi bersaiz 23 inci.

image.png

Ia turut menampilkan bit kenderaan elektrik yang cukup kritikal dimana sayap belakangnya boleh ditarik balik manakala pemegang pintunya juga tersembunyi.

Jika sekilas pandang, ia kelihatan 'bersaiz sederhana' dalam gambar, sebaliknya ET9 adalah kereta yang agak besar kerana memiliki ukuran panjang  5,324 mm, selebar 2,016 mm, , dan setinggi 1,620 mm  manakala  jarak rodanya adalah  3,250 mm. 

Setakat ini bahagian yang paling mengagumkan dalam ET9 ialah kabinnya yang sarat ciri-ciri mewah dan moden.

Ia  menampilkan susun atur empat tempat duduk, dua tempat duduk belakang dan ia  boleh disandarkan ke belakang sehingga 45 -sudut darjah selain boleh dilaraskan secara  11 hala.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah meja boleh lipat, dua skrin sesentuh AMOLED 14.5 inci, bumbung panoramik, peti sejuk, pelbagai ruang simpanan serta tablet lapan inci khas untuk mengawal pelbagai fungsi dalam kenderaan.

Sementara itu, di bahagian hadapan, ET9 mendapat skrin infotainmen AMOLED 15.6 inci yang terapung di atas pemuka hadapan.

image.pngimage.png

Menyentuh trenkuasanya pula, Nio ET9 menggunakan platform EV generasi ketiga baharu Nio  yang menampilkan seni bina bateri 900 voltan  yang pertama di pasaran China.

Dengan persediaannya itu, ia memberikan ET9 kadar pengecasan kuasa puncak sehingga 600 kW, yang membolehkan ia boleh bergerak sejauh 255 kilometer walaupun hanya lima minit dicas.

Selain itu, ia yang menawarkan persediaan AWD dwi-motor membuatkan ia mampu memberikan jumlah output sistem sebanyak 697 HP (520 kW). 

image.png

Sama seperti pergerakannya, Nio masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung prestasinya.

Ia kini sudah dibuka untuk tempahan di China manakala penghantarannya hanya akan bermula pada suku pertama tahun 2025.

image.png

ET9 dijual pada harga RM517,938. 

Apapun, ET9 akan menjadi pasaran domestik China yang eksklusif, dengan pembuat kereta itu masih belum mendedahkan sebarang rancangan untuk mengeksportnya ke pasaran antarabangsa yang lain.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3429

SELANGOR

BST3544

JOHOR

JD3997J

PULAU PINANG

PSF2094

PERAK

APL1451

PAHANG

CFH5849

KEDAH

KGH7821

NEGERI SEMBILAN

NEL6304

KOTA KINABALU

SJT8147

KUCHING

QAB4849P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-11-2025
EV

04-06-2025
Global

10-02-2025
Teknologi

02-10-2024
Global

26-09-2024
Global

23-09-2024
EV

26-12-2023

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.