ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Senarai Lokasi Pengecas DC & AC Terbaru Gentari Serta Caj Yang Dikenakan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sg-Perak-pic.jpg


Ruang pengecas EV Gentari


Sebelum tahun 2023 berakhir, syarikat-syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) semakin rancak menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara. Salah satu syarikat yang aktif memperluaskan rangkaian pengecasnya ialah Gentari, yang kini telah memiliki sejumlah 310 stesen (awam dan persendirian) di serata Malaysia. 


Terbaru, Gentari telah melancarkan dua pengecas DC yang terletak di Petronas NKVE dan Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara, serta empat stesen AC (pengecasan destinasi) baharu di Klang, Selangor, dan Negeri Sembilan - Villea Port Dickson, Kota Seriemas Golf & Country Club dan D Street Mall, Kota Seriemas.


LOKASI DAN CAJ STESEN PENGECAS DC TERBARU GENTARI


nkve-pic-(1).jpgnkve-pic-(3).jpg


Petronas NKVE Arah Utara


Stesen pengecasan terbaru Gentari yang terdekat dengan penduduk Lembah Klang ialah di Petronas  NKVE Arah Utara. Fasiliti ini dilengkapi dengan tiga unit satelit Kempower dengan output dinamik sebanyak 150 kW setiap nozel.


Bagaimanapun, buat masa ini, kuasa unit satelit No. 2 dikurangkan kepada 80 kW, mungkin disebabkan oleh bekalan kuasa terhad dari grid tenaga TNB.


Sg-Perak-picw.jpg


Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara


Seterusnya, Petronas R&R Sungai Perak Arah Utara ini disediakan dengan pengecas DCFC dengan dua nozel yang memberikan output dinamik maksimum 180 kW setiap nozel. 


Kedua-dua fasiliti pengecasan DC ini dicaj berdasarkan kWh pada kadar RM1.50/kWh. 


Untuk makluman, unit pengecas DCFC Kempower yang dilengkapi dengan sistem modulasi output dinamik yang  beroperasi berdasarkan keadaan cas EV (SOC). Sekiranya EV yang dicas memiliki SOC lebih rendah, ia akan menerima lebih banyak input berbanding EV dengan SOC lebih tinggi yang menggunakan fasiliti sama, oleh itu, proses pengecasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas.


Kedua-dua fasiliti DCFC ini terletak di stesen Petronas yang menjadi tumpuan ramai dengan kemudahan seperti kedai, tandas dan surau supaya pengguna EV dapat bersantai sementara menunggu pengecasan selesai. 


LOKASI DAN CAJ STESEN PENGECAS AC TERBARU GENTARI


image-(32).jpg


Villea Port Dickson 


image-(33).jpg


Kota Seriemas Golf & Country Club 


Stesen pengecasan AC terbaru Gentari yang pertama terletak di AEON Bukit Tinggi Klang. Lokasi ini menyediakan empat pengecas 22 kW dan enam pengecas 7 kW.


Pengecas AC baharu lain terletak di pelbagai lokasi iaitu Villea Port Dickson dengan tiga pengecas 22 kW, Kota Seriemas Golf & Country Club dengan tiga  pengecas 11 kW dan akhir sekali D Street Mall dengan satu pengecas 22 kW dan dua unit pengecas 11 kW.


image-(34).jpg


D Street Mall, Kota Seriemas 


AEON-BT.jpg


AEON Bukit Tinggi Klang 


Semua sesi pengecasan AC dikenakan bayaran sebanyak RM0.20/minit kecuali stesen pengecasan AC di AEON Bukit Tinggi Klang dengan output 22 kW yang dikenakan pada RM0.18/minit manakala 7 kW pada RM0.13/minit.


Pengguna boleh mengakses kesemua pengecas yang dinyatakan melalui aplikasi Jomcharge, ChargEV atau Setel hasil kerjasama yang telah dimeterai ketiga-tiga pihak baru-baru ini. 

Sumber imej: PlugShare & Gentari

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT2420

SELANGOR

BSP108

JOHOR

JYU4311

PULAU PINANG

PSB2687

PERAK

APG4941

PAHANG

CFG1524

KEDAH

KGF1925

NEGERI SEMBILAN

NEJ9813

KOTA KINABALU

SJR2795

KUCHING

QAB5250N

Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

Pengecas EV Pantas DC Handal Kini Di JPO & IOI City Mall

DC Handal telah berjaya mempercepatkan pengaktifan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) mereka di Johor Premium Outlet (JPO) dan IOI City Mall Putrajaya.

10-04-2024
EV

Pengecas Pantas 200 kW DC Handal @ WCE Assam Jawa SEDIA Sebelum Raya – RM1.50/kWj

Pengecas DCFC pertama di Plaza Tol Utara Assam Jawa WCE (Exit 3210) bakal diaktifkan tidak lama lagi.

01-04-2024
EV

Pengecas DCFC Gentari Kini Di Petronas RnR Kundang & Gunung Semanggol

Gentari telah mengaktifkan dua lagi lokasi pengecas DC di sepanjang rangkaian lebuh raya.

14-03-2024
EV

Pengecas DCFC Terpantas Malaysia Di Highland Hotel Genting Dah Beroperasi

Genting Highlands kini menjadi salah satu lokasi fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang terpantas di Malaysia.

13-02-2024
EV

ChargeSini Mydin: 9 Stesen Pengecas EV Kini AKTIF

ChargeSini telah menyediakan stesen pengecas pantas arus terus (DCFC) di 11 cawangan Mydin. Ini lokasinya...

11-02-2024
EV

DC Handal Lancar Pengecas EV Terpantas Di Bandar Melaka! Hanya RM1.50/kWh

DC Handal telah melancarkan fasiliti pengecasan pantas DC Kempower di The Pines Melaka. Ini yang anda perlu tahu...

20-12-2023
EV

DC Handal Dan Auto Bavaria Bekerjasama Untuk Perbanyak Stesen Pengecas DCFC

DC Handal telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Auto Bavaria. Ini rancangan kedua-dua syarikat...

07-12-2023
EV

PLUS & Gentari Meterai MoU Perkasa Ekosistem EV, 100 Pengecas Pantas Menjelang 2025

PLUS telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gentari. Ini apa yang bakal dilaksanakan...

03-12-2023

Berita Terkini

EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026
EV

Tak Cukup Tanah Nak Deliver! Sebab Terlalu Laku, Proton e.MAS 5 Lanjut Lagi Rebat RM500 Tanda Terima Kasih

Proton e.MAS 5 meraiakn pencapaian 5,000 Unit dengan dengan melanjutkan rebat Raya istimewa sebanyak RM500 bagi semua tempahan yang dibuat antara 31 Oktober 2025 hingga 23 Mac 2026.

11-03-2026
EV

Tak Sempat Habis Kopi, Bateri Dah 60%! Gentari Lancar Pengecas 200kW Di Penchala Link

Pengguna Kenderaan Elektrik (EV) boleh menarik nafas lega kerana anda tidak perlu menunggu berjam-jam untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) memandangkan Gentari dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan hab pengecas kenderaan elektrik (EV) antara bandar berkelajuan tinggi

06-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.