Suzuki Swift Tiba Di Eropah

Suzuki Swift sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi di pasaran Eropah, kerana hatchback buatan Jepun ini merupakan antara model terlaris dalam segmennya, sehingga mampu bersaing dengan Hyundai i20 dan Ford Fiesta.


Apa yang lebih menarik, Ford sudah menghentikan pengeluaran Fiesta di Eropah, menyebabkan Suzuki mempunyai peluang keemasan untuk menakluki segmen hatch subkompak.
Maka, tidak hairanlah mengapa Suzuki Swift generasi keempat dibawa masuk ke pasaran Eropah.
Suzuki Swift pernah ditayangkan pada pameran Japan Mobility Show (JMS) pada tahun ini dimana ia menawarkan beberapa perubahan reka bentuk berbanding pendahulunya.

Ketika itu, ada yang menganggap ia rupa paras generasi model ketiga itu hanya dinaiktaraf.
Berbanding dengan Swift baharu di Jepun, ia menawarkan reka bentuk bampar hadapan yang lebih ringkas dengan mengetepikan kedua-dua lampu kabus dan bampar hadapan yang terdapat pada model pasaran domestik Jepun (JDM).
Selain itu, kedua-dua Swift gen keempat JDM dan Eropah kelihatan hampir sama, kerana ia menampilkan reka bentuk lampu LED boxier serta diapit dengan gril hadapan berbentuk oktagon manakala lampu belakang LED berbentuk trapezoid.
Bahagian dalaman pula, ia dilengkapi denan kluster meter separa digital dengan meter analog, infotainmen sebesar 9 inci dan sistem pendingin hawa automatik.


Lebih penting ialah, Suzuki telah mempertingkatkan ciri keselamatan untuk Swift generasi seterusnya, dengan membawa masuk fungsi ADAS seperti bantuan kekal lorong, pemantau pemandu dan pengelakan pelanggaran Dual Sensor Brake Support II .
Tidak seperti kembarnya, JDM, Swift gen keempat ini hanya tiba dalam pilihan rangkaian kuasa hibrid ringan tunggal (MHEV).
Walaupun Suzuki masih belum mendedahkan prestasi dan angka kecekapannya, namun kami yakin ia menggunakan enjin petrol 1.2 liter 3-silinder untuk mengoptimumkan tork rendah, serta dipasangkan dengan penjana motor elektrik ISG bersama pek bateri kecil 48 volt.

Bagaimanapun, butiran lanjut akan mula didedahkan sejurus ia mula dijual selewat-lewatnya suku pertama tahun depan.

Untuk makluman anda, Swift adalah salah satu model terlaris di seluruh dunia Dimana Suzuki telah berjaya menjual lebih 9 juta unit Swift sejak penubuhannya dua dekad lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ
Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.
26-05-2025
Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya
Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.
06-02-2025
Suzuki Luaskan Jejak Bermula Tahun Ini – Enam Lokasi Baharu, Penang Sudah Dibuka
Pengimport dan pengedar kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd, merancang untuk memperluaskan rangkaian cawangannya di seluruh negara tahun ini.
25-01-2025
Bekas CEO Suzuki Meninggal Dunia – Berkhidmat Sejak 1958, Ini Sumbangan Besar Osamu Suzuki...
Dunia automotif dikejutkan dengan berita pemergian Osamu Suzuki, bekas pemimpin Suzuki Motor Corporation (Suzuki), yang meninggal dunia pada Hari Krismas.
31-12-2024
JPJ Panggil Balik: Honda, Suzuki (Motosikal), Toyota dan Mercedes-Benz
JPJ membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan kenderaan.
11-09-2024
Jualan Kurang Laris, Jadi Terpaksa Tutup Kilang
Suzuki Motor akan menutup kilangnya di Thailand pada tahun depan.
10-06-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

