Van 'On-Demand' Bakal Disediakan Di Kawasan Tanpa Pengangkutan Awam

Inisiatif Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan (DRT) bakal dilancarkan untuk memudahkan pergerakan orang ramai (Gambar hiasan)
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melancarkan inisiatif Perkhidmatan Van Transit Atas Permintaan (DRT) di Lembah Klang sebagai alternatif pengangkutan untuk memperkukuhkan kesalinghubungan dalam sistem pengangkutan awam.
Menteri MOT, Anthony Loke, memaklumkan bahawa butiran mengenai pelaksanaan inisiatif ini, yang difokuskan kepada kawasan yang kurang menerima akses bas awam, akan diumumkan tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
Menurut beliau, sebahagian daripada peruntukan RM50 juta di bawah Belanjawan 2024 akan digunakan untuk membeli van, dan pelaksanaannya akan dipantau oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
“Van ini sebagai usaha menyelesaikan isu pengguna batuan pertama dan batuan terakhir… kita faham tak semua kawasan perumahan ada laluan bas. Konsepnya seperti e-hailing. Perkhidmatan itu tiada laluan khas, namun kita akan tempatkan di kawasan yang strategik,” katanya.
Van on-demand dijangka dapat menggalakkan lebih ramai orang memilih pengangkutan awam (Gambar hiasan)
Loke turut menyatakan bahawa konsep perkhidmatan ini serupa dengan e-hailing, di mana ia tidak terikat kepada laluan tetap tetapi akan ditempatkan di lokasi strategik.
MOT juga merancang agar usaha ini dapat diperluaskan melalui jalinan kerjasama antara Prasarana dan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan DRT.
Bagi mengoptimumkan keberkesanan inisiatif pengangkutan yang ditawarkan serta mengelakkan penyalahgunaan laluan khas tersebut, MOT dijangka akan membentangkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33) pada tahun hadapan.
Loke menjelaskan bahawa pindaan tersebut akan memberikan kebenaran kepada pegawai penguat kuasa untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan rekod kamera pemantauan, menjadikan penguatkuasaan lebih efisien dan berkesan.
MOT kini sedang giat menjalankan kempen kesedaran mengenai larangan penggunaan laluan bas kepada kenderaan persendirian, dan usaha ini dijangka akan dilaksanakan selama setahun sebelum penguatkuasaan saman atau kompaun dikenakan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sidang Kemuncak ASEAN: Jadual Pengangkutan Awam Dipertingkat
MOT mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai dan delegasi antarabangsa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
22-10-2025
Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.
18-07-2025
Projek Tram Putrajaya 'Bungkus'! Kos RM212 Juta Terlalu Mahal
Harapan warga Putrajaya untuk melihat sistem Transit Aliran Automatik (ART) atau tram tanpa rel beroperasi di pusat pentadbiran negara nampaknya terkubur.
10-02-2026
Operasi Rel, Bas, Van Rapid KL Dilanjutkan Sempena Ambang Tahun Baharu 2026
Dah bersedia untuk ‘healing’ sambil melihat pertunjukan bunga api di ambang tahun baharu 2026 Rabu ini? Anda tidak perlu pening kepala memikirkan kesesakan jalan raya atau harga e-hailing yang melambung tinggi.
29-12-2025
Anthony Loke Cadang Kurangkan Parkir Projek Perumahan Berhampiran Stesen LRT
Anthony Loke cadang pemaju kurangkan petak parkir bagi projek TOD. Langkah ini diharap dapat kurangkan kos rumah dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
08-12-2025
Tiada Rancangan Caj Masuk Bandar Buat Masa Ini, Risau Bebankan Rakyat – PMX
Kerajaan tidak merancang untuk mengenakan caj terhadap kenderaan persendirian yang memasuk kawasan bandar buat masa ini seperti yang dilaksanakan di beberapa negara lain.
30-09-2025
Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.
08-08-2025
Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.
04-08-2025
Berita Terkini
Tiada Harat Ambil Alih Konsesi Lebuh Raya Bertol – Nanta
Kerajaan tidak berhasrat mengambil alih mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bertol atau menamatkan konsesi lebih awal .
27-11-2026
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

