Bermaz Auto Buat Tawaran Luar Biasa Untuk SUV Peugeot Terpakai, Rugi Terlepas!


Tercari-cari SUV crossover dengan reka bentuk menonjol, padat dengan ciri mewah, canggih dan dapat rasakan prestasi bila dipecut? Jangan pandang sebelah mata dua model ini, Peugeot 3008 (kiri) dan 2008 (kanan).
Tahun baru, kereta pun mestilah baru. Barulah semangat untuk ‘meluncur’ menempuhi perjalanan kehidupan yang baru. Mungkin ada antara anda yang sedang mencari kereta lebih mewah, canggih dan berprestasi daripada yang digunakan sekarang.
Kalau betul anda sedang mencari, inilah waktu yang tepat! Kerana untuk tempoh terhad, Bermaz Auto sedang menawarkan promosi hebat bagi SUV Peugeot 2008 dan 3008 yang terpakai.

Jangan lepaskan peluang utuk mendapatkan SUV 3008 dan 2008 terpakai pada harga yang tak masuk akal, sementara stok masih ada!
Walaupun terpakai, model-model yang ditawarkan ini dijamin dalam kualiti yang terbaik, tak ubah seperti sebuah kereta baru!
Sementara stok masih ada, anda boleh mendapatkan SUV crossover Peugeot 3008 dan 2008 ini pada harga serendah RM109,000 (2008) dan RM139,000 (3008).
-full_normal.webp)
Apa lagi yang menarik? Bermaz Auto turut menawarkan pembiayaan khas dengan kadar faedah yang rendah sama seperti pembelian kereta baru (tertakluk pada terma dan syarat).
Tidak cukup dengan itu, untuk jualan kedua-dua model 2008 dan 3008 yang terpakai daripada Bermaz Auto, anda juga akan menerima WARANTI SELAMA 5 TAHUN serta PAKEJ SERVIS PERCUMA SELAMA 5 TAHUN (atau 10,000 KM, mana tiba dahulu), bermula daripada tarikh kenderaan didaftarkan.
Menarik bukan harga yang ditawarkan? Sekiranya anda berminat, boleh kunjungi mana-mana pusat pengedaran yang terlibat iaitu Peugeot Glenmarie (pusat flagship) dan cawangan Bermaz Anshin yang terletak di Glenmarie, Berjaya Park dan Kajang, serta pengedar Peugeot lain yang bertempat di di Ipoh, Telok Panglima Garang (Ahura Motorsports) dan Nilai (LHM Auto).


Sementara stok masih ada, Bermaz Auto menawarkan 2008 dan 3008 dengan pembiayaan khas dengan kadar faedah sama seperti pembelian kereta baru.

Walaupun kereta terpakai, pembeli masih dapat menikmati waranti termasuk pakej servis percuma selama 5 tahun.
Masih tak pasti sama ada model yang ditawarkan ini berbaloi untuk dimiliki? Tahun lalu, CariCarz.com telah diberikan peluang untuk memandu uji model 3008:
Klik sini untuk membaca ulasan: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Dari jauh lagi, kereta keluaran Peugeot ini mencuri perhatian, reka bentuknya kelihatan mewah dari setiap sudut. Dari segi pemanduan, kereta terasa stabil walau dipandu laju, menggunakan enjin turbo 4 silinder 1.6 liter, prestasi kereta cukup terasa. Ruang kabinnya juga memukau jiwa, aura premium terserlah dan dilengkapi dengan pelbagai ciri penting dan teknologi canggih.





Peugeot 3008 bukan sahaja sedap dipandang, tetapi juga seronok dipandu dengan ruang kabin yang selesa dan padat dengan teknologi canggih.

Ciri menarik pada 3008 turut terdapat pada 2008, namun dalam saiz badan yang lebih kecil.
Jangan tunggu-tunggu lagi, kerana bermula bulan Mac ini, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan dari 6% ke 8% tau!
Jadi siapa kata beli kereta terpakai merugikan? Yang rugi adalah mereka yang melepaskan tawaran menarik ini. Tak nak jadi salah seorang daripada mereka, anda boleh hubungi cawangan pengedar Peugeot yang disenaraikan di bawah untuk sesi pandu uji SUV 3008 dan 2008:
CAWANGAN | TEL |
| Peugeot Glenmarie | 03-5021 2333 |
| Bermaz Anshin Glenmarie | 03-5569 8080 |
| Bermaz Anshin Berjaya Park | 03-5525 3953 |
| Bermaz Anshin Kajang | 03-8738 5563 |
| Peugeot Ipoh | 016-506 3673 |
| Ahura Motorsport (Telok Panglima Garang) | 012-319 1493 |
| LHM Auto (Nilai) | 019-227 1266 |
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6242
SELANGOR
BSR5170
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6921
PERAK
APJ7437
PAHANG
CFH1334
KEDAH
KGG9769
NEGERI SEMBILAN
NEK8753
KOTA KINABALU
SJT130
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Mazda3 Concept 2025 Didedahkan – Gaya & Prestasi Agresif
Bermaz Auto (BAuto) memperkenalkan Mazda3 Concept, model prototaip yang dibangunkan oleh MazdaSports.
10-04-2025
XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma
Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.
12-03-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
SUV Elektrik Deepal S07 Raih NCAP 5 Bintang – Pelancaran Di Malaysia Tak Lama Lagi
Model SUV elektrik Deepal S07 yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini oleh Bermaz Auto, telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang.
31-01-2025
Bermaz Dedah MPV Elektrik, Xpeng X9, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi
Bermaz Xpeng (BAuto) menayangkan EV MPV mewah mereka, Xpeng X9 kepada media semalam.
24-01-2025
Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat
Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.
07-06-2024
SUV Elektrik Inspirasi Sains Fiksyen, XPeng G6, Bakal Dilancarkan Di Malaysia?
Kita boleh menjangkakan beberapa EV daripada XPeng untuk tiba di negara kita. Mungkin ini salah satunya...
18-03-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
