GLA 200 2024, 163 hp, Harga Tak Mahal Sangat

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan ketibaan versi pemasangan tempatan (CKD) Mercedes-Benz GLA 200 2024 untuk pasaran tempatan.
Ia yang diproduksi di Pekan, Pahang dijual pada harga bermula dari RM258,888.
Bagi yang berminat, jentera ini disumbat dengan 1.3 liter turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 163 hp dan tork 250Nm.
Selain itu, ia yang digandingkan dengan transmisi automatik 7G-DCT mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 8.9 saat.
Difahamkan, had kelajuan maksimum dihadkan kepada 210 km/j.


Menjengah bahagian luarannya, ia dilihat menampilkan bampar depan dengan apron berwarna perak, manakala reka bentuk grilnya juga kelihatan baharu.
Tidak ketinggalan, ia juga hadir dengan lampu kabus dengan fungsi Lampu Tinggi Adaptif dan lampu LED High Performance.
Melihat ke bahagian belakangnya pula, ia didatangkan dengan bampar belakang dengan komponen diffuser dan juga lampu belakang jenis LED


Malah, model CKD kali ini turut menggunakan rim 18-inci.

Melangkah masuk ke kabinnya pula, bahagian pemandunya menerima tempat duduk yang dibaluti dengan material jenis kulit, terdapat skrin berkembar 10.25-inci yang menggunakan versi terkini perisian MBUX dan dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna.


Selain bahagian luaran dan dalamannya, sistem bantuan keselamatan GLA 200 juga dipertingkatkan. Ia kini mempunyai
Antaranya, sistem bantuan titik buta, bantuan amaran keluar, bantuan brek aktif, Parking Package, kamera undur dan Mirror Package.

Melihat kepada ciri-ciri ini, apa pula pandangan anda?
Jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak
Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.
04-02-2026
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia
Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.
07-11-2025
Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.
07-10-2025
Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.
10-09-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge