ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Honda Pamer Kereta Konsep EV '0', Sebuah Sedan & Minivan Unik di CES 2024

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda-0-EVConcept.jpg


Model-model EV baharu Honda, '0', memberi gambaran model EV masa depan jenama tersebut, iaitu Saloon & Space-Hub


Mencuri tumpuan utama di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024 ialah kereta konsep EV baharu Honda, dikenali sebagai Honda '0'. Kereta konsep yang dipamerkan ini memberi gambaran bagi model EV yang akan dikeluarkan Honda tidak lama lagi. 


KERETA KONSEP EV HONDA 0 SALOON


Honda-0-Saloon-EVConcept-5.jpgHonda-0-Saloon-EVConcept-4.jpgHonda-0-Saloon-EVConcept-3.jpg


Kereta konsep Honda 0 Saloon


Model pertama yang menjadi bukti kemampuan Honda untuk membangunkan sebuah kereta futuristik, Honda 0 Saloon, tampil dalam reka bentuk badan yang diinspirasikan daripada kereta sport sekitar tahun 1970-an, direka dengan pintu bukaan ke atas. 


Sementara itu, elemen futuristik pula dapat disaksikan daripada bentuk gril hadapan yang bercahaya dan juga lampu belakangnya yang berbentuk segi empat tepat. 


Honda-0-Saloon-EVConcept.jpg


Walaupun hadir dalam bentuk badan yang sporty, 0 Saloon merupakan sebuah kereta yang besar. Tidak terbayang dari bentuk badannya bahawa ia sebenarnya menyembunyikan ruang kabin yang luas.


Sesuai dengan konsepnya sebagai sebuah bayangan masa depan, model ini sarat dengan pelbagai ciri canggih termasuk panel instrumen antara muka (HMI) dengan stereng jenis yoke yang sporty. Ruang kabin ini banyak menggunakan bahan yang mampan, selaras dengan tema yang diketengahkan, karbon sifar. 


Honda-0-Saloon-EVConcept-6.jpgHonda-0-Saloon-EVConcept-2.jpg


Honda merancang untuk menghasilkan model Saloon seawal tahun 2026


Yang menariknya, Honda 0 Saloon dibangunkan berdasarkan platform EV khas terbaru Honda dan turut akan digunakan dalam penghasilan model versi pengeluaran kelak. 


Honda menetapkan sasaran untuk mengeluarkan model ini seawal tahun 2026 bagi pasaran terpilih seperti Amerika Utara dan Jepun, sebelum diikuti oleh negara-negara lain di Asia, Eropah dan seluruh dunia. 


KERETA KONSEP EV HONDA 0 SPACE-HUB


Honda-0-SpaceHub-EVConcept-4.jpgHonda-0-SpaceHub-EVConcept.jpgHonda-0-SpaceHub-EVConcept-5.jpg


Honda 0 Space-Hub


Model kedua yang dipertontonkan ialah Honda 0 Space-Hub, sebuah minivan berkuasa elektrik sepenuhnya. Seperti 0 Saloon, model ini turut diberikan gril hadapan dan lampu belakang bercahaya yang lebar. 


Honda-0-SpaceHub-EVConcept-3.jpg

Honda-0-SpaceHub-EVConcept-6.jpgHonda-0-SpaceHub-EVConcept-2.jpg


Salah satu ciri menarik pada 0 Space-Hub ialah bumbung kaca yang besar di sepanjang bahagian atas yang memberikan penumpang pemandangan luas. Dari segi teknologi dan kelengkapan, model ini turut diberikan skrin dan stereng jenis yoke yang sama seperti 0 Saloon. 


Buat masa ini, Honda tidak merancang untuk menghasilkan versi pengeluaran 0 Space-Hub yang telah dibangunkan semata-mata untuk tujuan kajian konsep. 


LAMBANG ‘H’ BAHARU


Selain kedua-dua kereta konsep ini, Honda turut memperkenalkan logo ‘H’ baharu yang akan digunakan pada model EV masa depan bagi barisan kereta di bawah siri 0. 


Honda-0-EVConcept-3.jpgHonda-0-EVConcept-2.jpg


Walaupun logo ini direka khas bagi model futuristik, ia sebenarnya telah dihasilkan berdasarkan logo Honda pada tahun 1960-an. Huruf H yang dipanjangkan melambangkan dua tangan yang direntangkan, mencerminkan komitmen Honda untuk “mengembangkan kemungkinan mobiliti dan terus memenuhi keperluan pelanggan.”


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

13-02-2026
Global

12-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Global

19-01-2026
Global

16-01-2026
Global

26-12-2025
Global

19-12-2025
Berita Auto

19-12-2025

Berita Terkini

EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.