Kona Electric Dah Ada Varian Sporty & Ranggi, N Line

Varian Hyundai Kona Electric generasi kedua menerima sentuhan bergaya dengan pilihan N Line di Eropah
Hyundai telah memperkenalkan Kona Electric versi sporty, N Line, semalam. Dibangunkan berdasarkan model crossover elektrik generasi kedua, Kona Electric N Line tampil dengan beberapa peningkatan kosmetik yang membuatkannya kelihatan jauh lebih ranggi berbanding versi standard.



Kona Electric ini diberikan kit badan N Line yang sporty, dengan rim aloi bersaiz 19 inci, serta pilihan dua tona dengan bumbung hitam, sama dengan warna hitam berkilat pada perumah cermin sisi. Selain itu, Kona Electric N Line masih mengekalkan sudut hadapan yang unik dengan bar LED yang memanjang, serta tampil agresif dengan garis-garis badan yang tajam.



Sentuhan N Line juga dapat dilihat daripada ruang kabin kereta dengan kelengkapan seperti stereng N Line, pedal logam, tempat duduk sporty dengan jahitan dan aksen merah, serta bumbung kabin yang berwarna hitam. Seterusnya, dari segi teknologi, model ini menggunakan dwi-skrin sama seperti pada model standard.
Inginkan kelengkapan lebih premium? Terdapat varian Kona Electric N Line S yang hadir dengan ciri tambahan bagi ruang kabin seperti tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, sistem audio premium Bose, kawalan pendingin hawa dua zon dan banyak lagi.

Kona Electric N Line tidak diberikan sebarang peningkatan dari segi prestasi
Bagaimanapun, malangnya, Kona Electric N Line tidak diberikan peningkatan prestasi. SUV EV ini masih menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (FWD) pada 215 HP (160 kW), memberikan pecutan sepantas 7.8 saat. Dari segi bateri, Kona Electric N Line dikuasakan oleh pakej bateri 65 kWh, membolehkan EV dipandu sehingga 490 KM dengan sekali cas.
Hyundai Kona Electric N Line baharu kini ditawarkan di pasaran terpilih di Eropah, pada harga £40,395 (~RM242,535) untuk model N Line standard, manakala model N Line S yang lebih premium berharga lebih tinggi iaitu pada £43,095 (~RM258,746).

Bagi pasaran Malaysia, Kona Electric generasi kedua masih belum dilancarkan secara rasmi. Sekiranya Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memutuskan untuk melancarkan model generasi kedua ini di pasaran kita, mungkin model N Line boleh dipertimbangkan untuk turut ditawarkan, memberikan persaingan yang sengit kepada EV lain di dalam pasaran.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat