- Berita
- Berita Auto
- Lokatag Pro Dilancarkan – Satu Peranti Pelbagai Fungsi Yang WAJIB Pemilik Kereta Miliki
Lokatag Pro Dilancarkan – Satu Peranti Pelbagai Fungsi Yang WAJIB Pemilik Kereta Miliki

Lokatag Pro, satu peranti dengan dua fungsi
Jika anda inginkan ruang papan pemuka atau dashboard kereta yang lebih lapang, peranti yang telah diperkenalkan baru-baru ini WAJIB untuk dimiliki. Peranti yang dimaksudkan ialah Lokatag Pro yang diperkenalkan oleh anak syarikat milik Amtel Digital Sdn Bhd, Lokatag.
Syarikat yang sebelum ini terkenal dengan peranti pembaca tol, kali ini, hadir dengan inovasi baharu yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia.
APA ITU LOKATAG PRO?
Lokatag Pro telah direka khas untuk membolehkan dua fungsi digabungkan dalam satu peranti sama iaitu pembaca tol dan video kamera papan pemuka (dashcam).
APA YANG MENARIK DENGAN TEKNOLOGI LOKATAG PRO?
Peranti ini menggunakan teknologi pengimbas inframerah daripada Efkon yang menyokong kedua-dua kad Touch 'n Go biasa dan juga baharu dengan NFC. Teknologi ini memudahkan pengguna untuk melalui lorong SmartTAG tanpa perlu memberhentikan kenderaan.

Pelbagai fungsi Lokatag pro boleh diakses melalui aplikasi Loka
Selain itu, Lokatag Pro turut dilengkapi dengan pelbagai ciri lain seperti penjejak GPS, notifikasi masa nyata, serta kemas kini atas talian (OTA) melalui aplikasi Loka, yang membolehkan penjejakan laluan SmartTAG dan bayaran tol yang telah dibuat.
Sistem lain yang menjadi sebahagian daripada Lokatag Pro adalah ciri suara AI yang boleh memberikan maklumat terkini berkenaan baki kad Touch ‘n Go dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Pra-tempahan Lokatag Pro kini telah dibuka, dengan harga jualan RM1,799
Lokatag Pro juga dilengkapi dengan sensor terbina dalam (built-in) dan sistem pemantauan yang boleh meletakkan tag geo secara automatik sekiranya mengesan insiden. Ciri ini penting untuk tujuan pengumpulan bukti, serta memberi amaran pengguna tentang aktiviti mencurigakan di sekitar kenderaan.
CARA UNTUK MEMBELI LOKATAG PRO
Penghantaran awal peranti ini dijadualkan bermula pada bulan Mac ini. Pra-tempahan untuk Lokatag Pro kini telah dibuka pada harga RM1,799. Pembelian boleh dibuat melalui laman web rasmi Lokatag dan juga Shopee Lokatag. Jualan runcit di kaunter juga dijangka akan bermula pada bulan Mac melalui pengedar sah Lokatag.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
