Miliki Motosikal Elektrik rydeEV Dengan Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi! – Dari RM299/Bulan
-full_normal.webp)
Yinson GreenTech dan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menjalinkan kerjasama untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki kenderaan elektrik (EV) dengan langganan melalui akaun pascabayar CelcomDigi.
Kerjasama ini, yang disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz awal minggu ini, adalah hasil gabungan antara Pusat Inovasi CelcomDigi dengan unit teknologi hijau Yinson Holdings Berhad, Yinson GreenTech.
-full_normal.webp)
Pelanggan kini boleh sewa beli motosikal elektrik (e-bike) dengan mendaftar mana-mana daripada pelan pascabayar 5G CelcomDigi melalui pelan ansuran Easy360. Inisiatif ini adalah tawaran pertama selepas MoU yang ditandatangani pada bulan September lalu, dengan matlamat untuk meneroka perkhidmatan dan infrastruktur kenderaan elektrik yang inovatif untuk menggalakkan penggunaan EV dan tenaga hijau di Malaysia.
Dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata, "Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri mengalu-alukan kerjasama merentasi pelbagai industri, dan ini terbukti melalui dasar seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) dan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020)."
Tambah beliau, kerjasama sebegini penting dalam menyumbang kepada pencapaian matlamat pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.
-full.webp)
Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi, berkata, "Perubahan boleh berlaku dengan pantas sekiranya kita berfikir mengenai kerjasama merentasi industri dengan cara yang berbeza."
Beliau menekankan potensi untuk menjadikan EV lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia secara besar-besaran, menyumbang kepada masa depan pengangkutan dan kelestarian alam sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan, memuji peranan kerajaan untuk menjadikan motosikal elektrik lebih mudah diakses. Beliau juga menyatakan kegembiraan mengenai kerjasama ini dalam memimpin penerimaan dan pertumbuhan motosikal elektrik di Malaysia.
-full_normal.webp)
Model langganan yang ditawarkan oleh CelcomDigi melalui pelan ansuran Easy360 membolehkan pelanggan membuat langganan sewa-beli e-bike rydeEV pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) untuk tempoh 36 bulan.
Manfaat tambahan dari model langganan ini termasuk pertukaran bateri tanpa had, cukai jalan, perlindungan insurans dan penyelenggaraan e-bike. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memiliki e-bike hanya pada RM1 setelah tamat tempoh kontrak.
-full_normal.webp)
Pelanggan yang membuat pendaftaran awal akan menerima topi keledar edisi terhad secara percuma dan layak untuk mendapatkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) bernilai RM2,400.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CelcomDigi Sasar Bina 100 Pengecas EV Tahun Ini Dengan JomCharge & chargeEV
CelcomDigi kini menjalinkan kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan (CPO) JomCharge dan chargEV untuk menyediakan infrastruktur EV di Malaysia.
04-03-2025
Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor
Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.
26-11-2025
KINETA & ChargEV Meterai MoU Perluas Rangkaian Pengecasan Yang Komprehensif
Kineta dan ChargEV telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan misi Kineta dalam menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan memperluas rangkaian pengecasannya.
27-05-2024
Nak Pandu EV? Tempah Dengan GoCar
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech menjalin kerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
23-02-2024
Pos M'sia: EV Mampu Jimat Kos Operasi
Pos Malaysia Bhd akan menggunakan sepenuhnya kenderaan elektrik (EV) menjelang tahun 2030.
18-10-2023
Pengecas EV Kini Di 6 Pejabat Pos Malaysia, Kerjasama Dengan Yinson GreenTech
Pos Malaysia jalin kerjasama strategik dengan Yinson GreenTech melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang dikuasakan oleh chargEV.
23-06-2023
Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia
Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.
17-03-2023
Stesen Pengecas EV Ada Di 17 Outlet Pandu Lalu Starbucks
Starbucks kini menyediakan fasiliti pengecas EV.
18-10-2022
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat