Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

S70.
Pengeluar kereta nasional PROTON menutup tirai 2023 dengan mencatatkan prestasi jualan terbaiknya sejak tahun 2012 apabila ia mencapai pertumbuhan jualan bagi lima tahun berturut- turut.
Bayangkan pada tahun lepas sahaja, PROTON berjaya menjual 154,611 unit keretanya sekali gus ia adalah prestasi terbaik PROTON sejak tahun 2012
Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong berkata, tahun 2023 merupakan tahun yang mencatat rekod bagi industri automotif kerana jumlah jualan melonjak sebanyak 10.3% berbanding volum tertinggi sebelumnya yang dicapai hanya dua belas bulan sebelumnya.

CHUNRONG.
“Ini mungkin kerana pihak kami memenuhi pesanan untuk kereta bebas cukai sehingga akhir bulan Mac sekali gus mendorong peningkatan volum pada suku pertama tahun itu.
“Ia juga merupakan tahun yang aktif untuk pelancaran kereta dengan gangguan minimum yang disebabkan oleh kekurangan alat ganti,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap produk mereka.
“Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyampaikan lebih daripada sekadar kenderaan mampu milik kerana kami juga menekankan reka bentuk yang bergaya, teknologi canggih, dan komitmen yang kuat terhadap keselamatan dalam semua model Proton.
“Menjelang tahun 2024, kami yakin iakan mengekalkan momentum ini, disokong oleh pengenalan model baharu kami, S70,” tambahnya.
Bagaimanapun, PROTON tidak menolak permintaan pasaran terus kukuh disebabkan model PIES.
Selain pelancaran barisan tiga model SUV Proton yang terdiri daripada Proton X50, Proton X70 dan Proton X90 permintaan untuk model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga) dilihat semakin meningkat pada tahun lepas.

-full.jpg)
Persona dan Saga.
PROTON SAGA
Proton Saga memulakan dan mengakhir i tahun ini sebagai model Proton terlaris dengan mencatatkan jualan 70,184 unit yang mengagumkan, prestasi terbaiknya sejak tahun 2012, dan meletakkannya sebagai kenderaan keempat terlaris di Malaysia untuk tahun 2023.
PERSONA
Selain itu, peningkatan terbesar dalam rangkaian model Proton adalah Proton Persona.
Selepas mengalami kelewatan teruk akibat kekurangan cip pada tahun 2022, jualan untuk sedan segmen B itu melonjak semula sebanyak 48.9% kepada 24,362 unit, sekali gus meletakkan model itu di tempat kedua dalam kelasnya.
IRIZ
Kereta hatchback segmen B, Proton Iriz turut terjejas oleh isu cip tahun lepas dan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 33.8% kepada 7,639 unit pada tahun 2023.
EXORA
Proton Exora mengakhiri pengeluarannya dengan kenaikan jualan sebanyak 4.6%, iaitu 4,473 unit terjual dan menunjukkan bahawa permintaan di kalangan pembeli pasaran sasaran kekal kukuh.

Jenama PROTON semakin laku.
Sehingga kini, lebih 194,000 unit telah terjual, menjadikannya MPV segmen C paling berjaya dalam sejarah automotif Malaysia.
Bagi SUV siri X, Proton X50 dan Proton X90 mengakhiri tahun sebagai peneraju pasaran bagi segmen masing- masing.
Walaupun selepas lebih 100,000 unit telah dikeluarkan dan dijual, permintaan untuk Proton X50 kekal kukuh dengan 31,829 unit dijual di Malaysia dan pasaran eksport pada tahun 2023.
X090
Proton X90 pula terus menjadi kuasa dominan dalam pasaran SUV segmen D dan mengakhiri tahun dengan 4,815 unit terjual sejak dilancarkan pada 7 Mei 2023.
Akhirnya, Proton X70 merupakan SUV segmen C kedua paling popular bagi tahun 2023 dengan11,200 unit terjual.

X90
Dalam pada itu, Proton turut mengesahkan penghantaran S70 kepada pelanggan akan bermula pada tahun 2024 dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan telah diterima.
Ini bermakna, model itu akan menyumbang kepada jumlah jualan yang banyak pada tahun ini.
Selain daripada penawaran produk yang menarik, PROTON juga menumpukan perhatian terhadap menambah baik pengalaman jenama pelanggan di bilik pameran dan pusat perkhidmatan selepas jualan untuk menarik pembeli baharu serta membina kesetiaan dan meningkatkan pengekalan di kalangan pemilik yang sedia ada.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?
Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?
03-08-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge