Pam Bahan Api Rosak Denso Sebabkan Lebih 480K Kenderaan Dipanggil Balik
-full_normal.webp)
Pam bahan api Denso
Kementerian Pengangkutan Jepun telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik 481,824 kenderaan daripada enam pengeluar disebabkan pam bahan api rosak yang dibekalkan oleh Denso Corp.
Kerosakan pam bahan api boleh menyebabkan resin terkumpul yang berisiko membuatkan enjin mati atau motor hibrid kehilangan kuasa, dedah kementerian melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.
Lebih daripada 30 model telah dipanggil balik, termasuk kereta dan motosikal yang dikeluarkan oleh Subaru Corp, Mazda Motor Corp, Suzuki Motor Corp, Mitsubishi Motors Corp, Honda Motor Co dan Yamaha Motor Co.

Denso, pembekal utama kepada Toyota Motor Corp. dan pengeluar automotif utama lain di seluruh dunia, telah menyebabkan beberapa pemanggilan balik secara besar-besaran. Dengan pemanggilan balik terkini ini, syarikat tersebut telah memanggil balik kira-kira 4.3 juta kenderaan di Jepun.
Denso mendedahkan pada Disember 2023 bahawa mereka telah bekerjasama dengan enam pengeluar automotif Jepun sejak Mac 2020 untuk memanggil balik 3.8 juta pam bahan api.
Salah satu syarikat automotif terlibat, Suzuki, mengumumkan pemanggilan semula sebanyak 18,000 kenderaan di luar negara Jepun, manakala Subaru, Mazda, Honda, Mitsubishi dan Yamaha belum mengumumkan rancangan untuk memanggil semula kenderaan di negara lain.
Di Malaysia, Bermaz Motor telah memanggil balik 19,685 kenderaan pada tahun 2020 disebabkan kerosakan pam bahan api Denso.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat
Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.
27-01-2026
Toyota Panggil Semula Vios & Veloz –Isu Pemasangan Suspensi, Boleh Tertanggal
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan notis pemanggilan semula khas bagi model yang dibangunkan berdasarkan platform DNGA, Vios dan Veloz.
30-01-2024
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat