Pendaftaran Minat Volkswagen Touareg R-Line Kini Dibuka – Bakal CKD!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal memperkenalkan Touareg R-Line tidak lama lagi. Pendaftaran minat (ROI) bagi model ini kini dibuka secara dalam talian melalui laman web Volkswagen Malaysia.
Awal minggu ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan melalui platform sosialnya, Facebook dan Instagram bahawa pendaftaran minat (ROI) bagi Volkswagen Touareg R-Line, kini telah dibuka.
Untuk makluman, Touareg merupakan model SUV terbesar dalam barisan model kereta yang kini ditawarkan Volkswagen. Model generasi ketiga (kod casis: CR) ini dibangunkan berdasarkan platform MLB Evo VW Group, platform sama digunakan dalam penghasilan model Porsche Cayenne, Audi Q7 dan Q8, Bentley Bentayga, serta Lamborghini Urus.



VPCM memaparkan tiga foto ini yang menunjukkan pelbagai ciri menarik pada Touareg R-Line seperti lampu hadapan LED Matrix, sistem suspensi udara dengan pelarasan automatik, sistem audio hi-fi Dynaudio dan banyak lagi.
Untuk pasaran Malaysia, Touareg dijadualkan akan ditawarkan dalam versi R-Line yang sporty. Model ini dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti lampu hadapan dengan teknologi LED Matrix, suspensi udara dengan pelarasan automatik, sistem audio hi-fi Dynaudio serta pakej bantuan pemandu aktif IQ.Drive daripada VW yang termasuk bantuan pandangan malam (night vision).
Untuk enjinnya, VPCM mengesahkan bahawa Touareg R-Line bagi pasaran Malaysia akan dikuasakan oleh enjin petrol turbo TSI V6 3.0 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 335 HP dan tork 450 NM. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem AWD 4Motion serta transmisi automatik 8 kelajuan.

Touareg R-Line bakal dipasang di dalam negara (CKD) di kilang VPCM di Pekan, Pahang.
Buat masa ini, VPCM masih belum mendedahkan harga jualannya, namun yang pasti, ia dapat dijual pada harga yang kompetitif kerana model itu bakal dipasang secara CKD di kilang VPCM di Pekan, Pahang. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak PHS Automotive Malaysia (PHSAM), syarikat induk VPCM, yang kami temui semasa pelancaran Audi SQ8 e-tron.


Model ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Tarikh pelancaran rasmi model terbaru daripada VPCM ini masih belum didedahkan. Namun memandangkan ROI kini telah dibuka, kita boleh menjangkakan bahawa Touareg R-Line akan tiba di negara kita dalam masa yang terdekat.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge