ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sempena Thaipusam, Tambang Komuter Percuma

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik buat penganut Hindu di negara ini sempena perayaan Thaipusam.

Ini kerana kerajaan bersetuju untuk menawarkan tambang percuma untuk KTM Komuter dan ia akan beroperasi selama 24 jam bermula 23 sehingga 26 Januari 2024.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, tambang percuma itu hanya ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 24 dan 25 Januari sahaja.

“Kita menjangkakan seramai 250,000 orang menggunakan KTM Komuter di Lembah Klang sepanjang tersebut dengan jumlah penumpang dijangka meningkat pada hari kemuncak iaitu Hari Thaipusam pada 25 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Untuk makluman anda, sebanyak 33 perkhidmatan tambahan disediakan  bagi laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dan 39 perkhidmatan tambahan bagi laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang – Batu Caves.

“Perkhidmatan KTM Komuter tambahan akan bermula seawal pukul 9.55 malam pada 23 Januari dari Stesen Pulau Sebang ke Stesen Batu Caves dengan kekerapan setiap satu jam.

“Selain itu, tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Stesen Batu Caves akan bermula seawal jam 11.39 malam, juga dengan kekerapan setiap satu (1) jam,” ujarnya.

image.png

KTMB juga menyediakan perkhidmatan tambahan baharu bagi pengguna dari Pelabuhan Klang yang boleh mendapatkan trip terus ke Batu Caves selepas 12 tengah malam.

Sebaliknya, tiada  perkhidmatan tren tambahan dari Tanjung Malim ke Batu Caves.

Menurutnya, bagi memudahkan pergerakan ulang-alik Zon Tengah dan Zon Utara Semenanjung, KTMB turut menawarkan empat perkhidmatan ETS tambahan bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.

“Dua perkhidmatan sehari bagi laluan Butterworth – KL Sentral dan KL Sentral – Butterworth pada 24 dan 25 Januari manakala dua perkhidmatan sehari bagi laluan Padang Besar – KL Sentral dan KL Sentral – Padang Besar pada 26 sehingga 28 Januari.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.