SISMA Auto Hub Kini Dibuka Di Sungai Besi – Baik Pulih, Jual & Beli Kereta Mewah
![]()
Pusat 3S Sisma Auto Hub kini dibuka di Sungai Besi
Sisma Auto telah melancarkan Pusat 3S di Sungai Besi hari ini. Dikenali sebagai Sisma Auto Hub, pusat sehenti ini terletak di tingkat dua dan tiga Wisma Sisma yang baru dibuka bersebelahan dengan Lebuhraya Sungai Besi.
Pusat 3S ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memenuhi permintaan terhadap kenderaan premium dan perkhidmatan selepas jualan model-model ini yang kian meningkat.
Sisma Auto Hub Sungai Besi merupakan cawangan dengan perkhidmatan komprehensif yang kedua selepas pembukaan lokasi pertamanya, di Glenmarie, Shah Alam. Di cawangan baharu ini, Sisma Auto Hub Sungai Besi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk semua jenis jenama premium, termasuk pengimport parallel (bukan rasmi) atau kenderaan tanpa waranti pengeluar.



Dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan profesional, Pusat 3S ini dapat melakukan pelbagai kerja penyelenggaraan dan pembaikan, termasuk pembaikan besar dan tuntutan insurans untuk kes kemalangan.
Turut ditawarkan ialah urusan membabitkan bahagian tayar, penyelarasan dan penyeimbangan roda, penyelenggaraan pendingin hawa dan penggantian kaca depan.

Selain perkhidmatan selepas jualan, Sisma Auto Hub Sungai Besi juga menawarkan pelbagai kereta terpakai dari jenama mewah terkenal seperti Volvo, Jaguar, Land Rover dan banyak lagi.
Pelanggan yang ingin menjual kereta mewah mereka juga boleh melakukannya di Sisma Auto Hub, di mana kakitangan yang berpengalaman sentiasa bersedia untuk memberikan membantu dari segi penilaian dan juga seluruh proses penjualan.

"Di Sisma Auto Hub, kami menawarkan pengalaman 3S premium yang sama untuk semua keperluan kereta mewah anda tanpa mengira jenama. Sama ada anda ingin membeli, menjual, atau melakukan penyelenggaraan kereta mewah, Sisma Auto Hub menyediakan segala-galanya.
Kejayaan cawangan Glenmarie kami menunjukkan terdapat permintaan yang besar untuk perkhidmatan unik yang kami tawarkan. Sebagai respon terhadap permintaan ini, kami dengan bangganya membuka cawangan Sisma Auto Hub yang kedua di tingkat dua dan tiga Wisma Sisma Auto di Sungai Besi," kata Pengarah Urusan Sisma Auto Group, Syed Khalil Syed Ibrahim.

Sisma Auto Hub Sungai Besi yang baharu terletak di Wisma Sisma, 855 Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Waktu operasinya adalah dari jam 9 pagi hingga 7 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge