Teaser BMW 5 Series & i5 Touring Didedah: Segalanya Yang Kita Tahu Setakat Ini

Teaser terkini dari BMW mengesahkan bahawa 5 Series generasi kelapan (G60) akan dilancarkan dalam versi wagon pada musim bunga tahun ini.
Seperti yang kita sedia maklum, BMW 5 Series generasi ke-8 akan dibangunkan dalam versi wagon. Teaser terbaru daripada jenama automotif Jerman ini telah mengesahkan perkara tersebut, dan yang menariknya, ia akan turut dilancarkan dalam versi elektrik sepenuhnya, i5 Touring.
Kehadiran i5 Touring dalam pasaran menjadikan model ini sebagai wagon pertama dalam versi elektrik daripada BMW. Kenderaan elektrik (EV) ini dijangka akan ditawarkan dalam pilihan trenkuasa satu dan dua motor elektrik seperti pada sedan i5. Motor ini akan dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion yang berkapasiti 84.3 kWh.


BMW i5 eDrive40 spesifikasi Malaysia dilancarkan pada November 2023, versi elektrik bagi 5 Series ini ditawarkan pada harga RM419,800.
Untuk makluman, BMW i5 eDrive40 yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai enjin elektrik yang dipasang di bahagian belakang untuk memacu roda belakang dengan kuasa 335 HP dan tork 430 NM. Varian berprestasi, M60 xDrive, dijangka akan dilancarkan kemudian, dengan dua motor dan sistem pacuan semua roda (AWD) menghamburkan kuasa maksimum 593 HP dan tork 820 NM.
Dengan bumbung yang lebih. panjang dan ruang but yang lebih luas menjadikan 5 Series dan i5 versi Touring lebih berat berbanding versi sedan. Ini secara tidak langsung mengurangkan kuasa pecutan dan prestasi kereta, tetapi tidak banyak. Dijangkakan, ini turut akan memberi kesan kepada jarak perjalanan EV.
Perincian lain mengenai model ini masih belum didedahkan, tetapi yang pasti, kita akan dapat menyaksikan model ini diperkenalkan secara rasmi pada musim bunga tahun ini. Walau bagaimanapun, ketersediaannya untuk pasaran di luar Eropah kekal satu persoalan.



Walaupun ditawarkan di pasaran Thailand dan Singapura, BMW Malaysia tidak menawarkan M3 Touring atau model Touring lain di Malaysia.
Di Malaysia, BMW Malaysia tidak menawarkan model Touring (wagon) secara rasmi walaupun M3 Touring dipasarkan di negara jiran lain seperti Thailand dan Singapura. Mungkin dengan pasaran EV negara yang kian berkembang, i5 Touring bakal menerima sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia?

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge