- Berita
- Berita Auto
- Dari 73 Kepada 18 Kereta, Ini Sebab Bilangan Kereta Dinilai Euro NCAP Jatuh Drastik!
Dari 73 Kepada 18 Kereta, Ini Sebab Bilangan Kereta Dinilai Euro NCAP Jatuh Drastik!

Daripada 73 pada tahun 2022, menurun kepada 18 unit kenderaan pada tahun 2023, apa yang berlaku?
Semakin lama semakin kurang kereta yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). Apa yang berlaku?
Pada tahun 2022, badan penilaian keselamatan Euro NCAP telah menjalankan ujian ke atas 73 model kenderaan. Namun, pada tahun 2023, bilangan kenderaan yang diuji dan disahkan oleh badan itu menunjukkan penurunan drastik kepada hanya 18 model sahaja.
Jurucakap daripada Euro NCAP mendedahkan kepada majalah automotif UK, Autocar, bahawa “Pengeluar [kenderaan] bersemangat untuk mendapatkan penarafan bagi kenderaan mereka pada tahun 2022, menunjukkan mereka [yakin] mampu untuk mencapai sasaran [ujian] asal, sebelum skema penarafan berubah pada tahun 2023 dengan pengenalan senario ujian baharu yang lebih mencabar.”

Penurunan ketara dalam bilangan kenderaan yang dinilai oleh Euro NCAP tahun lalu sebahagiannya disebabkan oleh pihak pengeluar kenderaan yang tergesa-gesa untuk menjalani ujian (pada tahun 2022) sebelum pengenalan ujian yang lebih ketat oleh organisasi tersebut, didorong oleh keinginan untuk mendapatkan penarafan yang baik sebelum protokol ujian baharu dikuatkuasakan pada tahun 2023.


Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan, kerana pencapaian sesebuah model dalam ujian ini memberi kesan besar kepada hasil jualan kereta kerana mampu mempengaruhi keputusan orang ramai.
Menurut organisasi tersebut, disebabkan oleh protokol ujian terbaru ini juga, pengeluar kereta kini merancang bila kenderaan akan dilancarkan dan berapa lama ia akan dipasarkan. Syarikat automotif juga membuat keputusan awal mengenai penarafan bintang yang mereka inginkan dan memastikan ia sepadan dengan versi protokol yang diikuti.
"Pengeluar memerlukan masa untuk memahami apa yang harus dipenuhi untuk mendapat lima bintang,” tambahnya lagi. ‘
Selain perubahan kepada skema ujian, sejumlah pengeluar kini lebih banyak memberi tumpuan terhadap proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV). Faktor lain adalah pandemik Covid-19, yang mendorong badan Euro NCAP untuk memanjangkan tempoh ujian menggunakan protokol sama sejak tahun 2020 sehingga 2022, tambahan selama setahun.
Akibat pandemik, "Banyak pengeluar terpaksa menangguhkan pengenalan kereta baharu kerana terjejas oleh isu kekurangan cip, menyebabkan jumlah pengeluaran dikurangkan dan kelewatan," tambah jurucakap Euro NCAP lagi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
23-09-2025
Suzuki Swift 2024 Hanya Terima 1 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP
Model Suzuki Swift 2024 generasi keempat (kod model: AOL) baru sahaja menjalani ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP).
02-01-2025
smart #3 SUV Elektrik Paling Selamat? Raih Euro NCAP 5 Bintang!
smart #3 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia terima penarafan keselamatan penuh lima bintang daripada Euro NCAP. Ini kupasannya...
29-01-2024
Dongfeng Box 2025 Raih Euro NCAP 3 Bintang – Apa Yang Kurang?
Dongfeng Box 2025 menerima penarafan tiga bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
17-10-2025
Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?
Zeekr X berjaya membuat pencapaian cemerlang setelah menerima penarafan keselamatan 5 bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.
17-01-2025
Suzuki Swift 2024 Hanya Terima 1 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP
Model Suzuki Swift 2024 generasi keempat (kod model: AOL) baru sahaja menjalani ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP).
02-01-2025
SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
13-09-2024
BYD Seal, Dolphin Cukup Selamat?
BYD melakar sejarah tersendiri apabila dua modelnya, BYD Seal dan BYD Dolphin berjaya menerima penarafan 5 bintang.
30-10-2023
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
