ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV Pun Ada Selimut, Harga Sampai RM5K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Para pemilik Kenderaan Elektrik (EV) berkemungkinan akan  diwajibkan untuk membeli  Selimut Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) yang berharga di bawah RM5,000.

Selimut itu dikatakan mampu mengekang haba sehingga 1,000 darjah Celsius selain mengawal kebakaran termasuk menghalang pelepasan gas toksik.

image.png

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketetapan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jawatankuasa EV.

image.png

“Hari ini saya menyaksikan demonstrasi penggunaan Selimut Kebakaran EV yang merupakan perkhidmatan terbaru SIRIM QAS International Sdn.Bhd. (SIRIM) bagi meningkatkan keselamatan kenderaan EV yang akan memenuhi jalan raya di negara kita tidak lama lagi.

“SIRIM telah melakukan ujian terhadap Selimut EV dan meluluskan penggunaannya,” katanya.

Buat masa ini, produk keselamatan tersebut hanya diwajibkan untuk dimiliki oleh operator stesen pengecas EV.

Namun, beliau berharap rumah pemilik EV, pejabat-pejabat swasta dan kerajaan turut memiliki selimut tersebut.

“Ujian terhadap produk tersebut, membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikannya sebagai langkah merangka garis panduan keselamatan bagi penggunaan kenderaan EV seperti saranan oleh KPKT.

“Kita di MITI juga akan memastikan produk keselamatan ini ada di pasaran dan menepati syarat-syarat dan piaiwaian yang ditetapkan oleh SIRIM,” tambahnya. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF7931

SELANGOR

BSR5459

JOHOR

JA1389J

PULAU PINANG

PSD7196

PERAK

APJ7713

PAHANG

CFH1450

KEDAH

KGH325

NEGERI SEMBILAN

NEK8946

KOTA KINABALU

SJT452

KUCHING

QAB1851P

Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Peroleh Alat Ganti, Komponen Bernilai RM3.2 Bilion Daripada Vendor Tempatan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menegaskan komitmennya terhadap rantaian bekalan tempatan apabila memperoleh alat ganti dan komponen bernilai RM3.2 bilion daripada vendor tempatan.

28-11-2025
EV

"Pasang 10,000 Pengecas, Angka Itu Terlalu Agresif Bagi Saya," Tengku Zafrul

MITI masih mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang tahun 2025 nanti.

22-03-2024
EV

Ramai Pengeluar EV Dapatkan Komponen Dari M'sia

Malaysia kini berhasrat untuk menarik lebih banyak syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) untuk mendirikan kilang pemasangan kereta di negara ini.

12-01-2024
Gaya Hidup

Lebih 3,400 Peserta Sertai Larian Chery Eco Run

Tengku Zafrul turut menyertai larian tersebut.

08-01-2024
Berita Auto

Tengku Zafrul Bangga Proton Kekal Popular Dari Dulu Sampai Sekarang

Tengku Zafrul membeli kereta pertamanya pada tahun 1997.

29-11-2023
EV

Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Selepas Smart?

Tengku Zafrul dan juga smart Malaysia telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya salah satu daripada produk yang diuji akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia secara rasmi.

04-04-2023
EV

GWM Serah Ora Good Cat Kepada Tengku Zafrul Untuk Pandu Uji EV

Great Wall Motor Malaysia telah menyerahkan sebuah kenderaan elektrik (EV), ORA GOOD CAT kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

24-03-2023
EV

Tesla Rasmi Masuki Pasaran Malaysia – Tengku Zafrul

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia, Tesla, bakal masuki pasaran Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.

01-03-2023

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.