JAECOO J7: Bakal Tewaskan Honda, Mazda, Subaru?

Tahukah anda, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan melancarkan JAECOO J7 di pasaran tempat selewat-lewatnya suku pertama tahun ini.
Untuk itu, bagi menilai secara menyeluruh kemampuan off-road J7, JAECOO telah menjalankan ujian off-road di trek off-road "M4TREC" selepas acara pratonton eksklusif yang diadakan pada Januari lalu.
Ujian itu membuktikan Jaecoo J7 memiliki kemampuan off-road yang luar biasa.

Untuk makluman pembaca, cabaran off-road M4TREC telah direka khas untuk menguji kemampuan trak 4x4 dan SUV, padat dengan halangan yang sukar seperti menaiki roller ramp, laluan berbonggol tinggi dan menuruni bukit yang curam.
Ujian-ujian mencabar ini membuktikan prestasi off-road Jaecoo J7 yang sebenar.
JAECOO berkata, J7 telah lulus dalam pelbagai ujian off-road ekstrem, termasuk tanjakan penggelek, ujian artikulasi, lintasan rabung dan lain-lain.

“Dengan adanya ciri-ciri canggih ARDIS (Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan), ini membuatkan ia mampu meredah pebagai permukaan bentuk muka bumi dan situasi yang tidak dijangka dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang tidak tahu mengenai ARDIS, ia sebenarnya telah mengubah pengalaman off-road secara menyeluruh.
Ia menawarkan pelbagai mod pemanduan seperti mod pasir, salji, lumpur, dan tujuh kondisi off-road lain yang bertujuan untuk menangani kebanyakan keadaan pemanduan yang mencabar.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem kawalan Brek Kuasa Pintar BOSCH (IPB), manakala ARDIS dikatakan dapat mencapai masa tindak balas terpantas dalam kelasnya yang kurang dari 0.1 saat.


Malah, ia juga menawarkan pembezaan penguncian, memberikan kelebihan prestasi integrasi tinggi, brek pantas dengan gabungan tork roda belakang maksimum 3000N·m, kemampuan J7 dalam situasi off-road serta keselesaan pemanduannya juga ditingkatkan.

Difahamkan, kelajuan pemprosesan ARDIS adalah jelas terbukti memandangkan ia dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi 1.6TGDI dan dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah 7DCT.
Ini membolehkan ia menghasilkan kuasa pengeluaran maksimum setakat 145kW dan tork 290 Nm.
Maka, ini membolehkan ia memecut dari 0-30 kilometer sejam hanya dalam 2.9 saat.

Apa yang pasti, kehadirannya bakal memberikan saingan sengit kepada SUV-C lain seperti Honda CR-V baru, Mazda CX-5, Subaru Forester dan banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6349
SELANGOR
BSR5187
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6940
PERAK
APJ7457
PAHANG
CFH1346
KEDAH
KGG9814
NEGERI SEMBILAN
NEK8762
KOTA KINABALU
SJT163
KUCHING
QAB1786P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


