Jangka 2.4 Juta Kenderaan Sehari Sempena Tahun Baharu Cina – LLM
![]()
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberikan tol percuma.
Pemberian tol percuma ini khas untuk kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja bermula hari ini, 8 Februari 2024 pada jam 12.01 pagi tadi hingga 9 Februari 2024, pada jam 11.59 malam. Perjalanan ‘percuma’ ini bagaimanapun tidak membabitkan Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
LLM menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah trafik sehingga 2.4 juta kenderaan di lebuh raya yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan bermula seawal Khamis, 8 Februari 2024. Dari jumlah tersebut, 1.5 juta kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sahaja.
Selain itu, sehingga 199,000 kenderaan dijangka akan berada di Lebuhraya KL-Karak, manakala 106,000 kenderaan dijangka di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 61,000 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.
-full_normal.webp)
Untuk menguruskan peningkatan trafik ini dengan lebih baik, LLM telah memberikan arahan kepada pengendali lebuh raya untuk melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:
1. Larangan penutupan lorong lebuh raya kecuali untuk kecemasan dari 5 Februari 2024 hingga 14 Februari 2024.
2. Pengaktifan 'lorong pintar' di Lebuhraya PLUS dan 'laluan kontra' di Lebuhraya KL-Karak.
3. Penyelenggaraan operasi dan kemudahan lebuhraya, terutamanya di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan hentian sebelah (Lay By), untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.
4. Memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol, serta penambahan lorong tol sementara di plaza tol yang menjadi laluan ramai.
5. Penyediaan tempat letak kereta tambahan dan kemudahan tandas bergerak di pelbagai R&R di lebuh raya utama.
LLM juga menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA untuk Lebuhraya Utara-Selatan dan aplikasi Travel Time Advisory (TTA) untuk lebuh raya lain. Pastikan juga kenderaan dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk perjalanan jauh.
Selain itu, pengguna lebuhraya juga dinasihatkan untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif semasa kesesakan apabila 'lorong pintar' diaktifkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge